Monday, 6 July 2015

| BERITA | Ahli IKRAM Barat Daya beramal kebajikan dalam Konvoi Amal i-Bantu IKRAM Barat Daya, 4 Julai 2015


4 Julai 2015, Bayan Baru - Konvoi Amal i-Bantu IKRAM Barat Daya berlangsung sehari bermula dari jam 8 pagi di Masjid Bayan Baru dengan pendaftaran peserta konvoi dan penerima sumbangan.


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon telah turut serta di dalam majlis ini bersama Yang DiPertua IKRAM Barat Daya, Tuan Haji Taufek Abdul Rahman. Seramai 25 penerima sumbangan fakir/miskin telah diberikan bantuan dalam majlis ini. Seusai pemberian bantuan, kesemua tetamu jemputan dan hadirin bergambar kenangan.


Seterusnya, selepas sesi flag off Konvoi Amal i-Bantu di perkarangan masjid oleh YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon pada jam 11 pagi, peserta konvoi bergerak ke Masjid Titi Teras, Balik Pulau. Setibanya di sana, peserta konvoi telah melaksanakan kerja amal dan bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan masjid ini.
 
 
Tuan Hj Taufek, YDP IKRAM Barat Daya menyerahkan baju Konvoi Amal i-Bantu kepada Tuan Haji Mat Tuah, KADUN Pulau Betong.
Seusai membersih kawasan perkuburan, peserta konvoi bergerak ke Masjid Pulau Betong dan kawasan sekitarnya pula bagi acara penyampaian 25 sumbangan fakir/miskin.
 
Seterusnya, peserta konvoi bersiap sedia bagi menunaikan solat Zohor dan sesi muhasabah di Masjid Pulau Betong sebelum bergerak ke destinasi terakhir acara konvoi, iaitu Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan, Teluk Kumbar.

Sesi muhasabah di Masjid Pulau Betong
Ketibaan peserta konvoi di SMI Al-Itqan telah disambut oleh Tuan Pengetua, Muallim Soleh Senafi. Para peserta berkesempatan mendengar peringatan diri ringkas oleh beliau yang menyentuh antaranya kepentingan menjaga keikhlasan amal, pentingnya tarbiyyah dalam menjaga ikhlas dalam beramal, pentingnya liqa (usrah), dan jika lalai akan menyebabkan timbulnya futur dan terhasilnya fitnah.

Muallim Soleh Senafi memberi peringatan diri
Konvoi amal ini berakhir sekitar jam 3 petang. Syabas kepada IKRAM Barat Daya dan peserta konvoi yang telah menjayakan konvoi amal ini. Sesungguhnya ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini yang dikejar, in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment