Monday, 20 April 2015

| BERITA | Perhimpunan Ahli IKRAM (PAI) Pulau Pinang 2015, 19 April 2015

Pimpinan dan ahli IKRAM Pulau Pinang beserta tetamu bergambar kenangan di penghujung PAI

Hari ini, Ahad, 19 April 2015, telah berlangsungnya Perhimpunan Ahli IKRAM (PAI) Pulau Pinang 2015 dengan jaya dan meriahnya di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang.

Ahli IKRAM, tetamu dan wartawan yang hadir
Bertemakan MALAYSIA MENUJU NEGARA RAHMAH, perhimpunan ini telah berjaya mengumpul lebih dari 200 ahli IKRAM Pulau Pinang dan turut dimeriahi dengan tetamu jemputan dari pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan dan rakan-rakan IKRAM Pulau Pinang.
Yang Di-Pertua (YDP) IKRAM Pulau Pinang, Ir. Jamaluddin bin Abdullah tersenyum girang....
Pengarah PAI 2015, Tuan Zulfahmi bin Omar tekun mendengar ucapan...

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PAI 2015, Tuan Zulfahmi bin Omar dan diikuti dengan ucapan Yang Di-Pertua (YDP) IKRAM Pulau Pinang, Tuan Ir. Jamaluddin bin Abdullah.

Setiausaha Agung IKRAM Malaysia, Tuan Hj Nahar bin Mohd Noor semasa ucapan perasmian perhimpunan ini....
Pemberian cenderahati oleh YDP IKRAM Pulau Pinang, Ir. Jamaluddin bin Abdullah kepada Tuan Hj Nahar
Sidang media sebaik sahaja selesai perasmian perhimpunan
Seterusnya, perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung IKRAM Malaysia, Tuan Haji Nahar bin Mohd Noor susulan ucapan beliau yang menyentuh tujuan kewujudan IKRAM di persada dakwah tanahair, kepentingan ahli memahami dan menghayati visi dan misi IKRAM, sepuluh profail ahli IKRAM, prestasi keseluruhan IKRAM selaku sebuah organisasi nasional, dan perkongsian peristiwa-peristiwa penting organisasi IKRAM sepanjang tahun 2014 seperti pelancaran MyCare yang menaungi kesemua usaha kepedulian ummah sejagat, Piagam Wanita Islam dan polisi hijau dan rendah karbon Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Barisan pemuda harapan IKRAM
Kehadiran ramai ahli belia IKRAM Pulau Pinang menjanjikan masa hadapan yang cerah bagi organisasi IKRAM Pulau Pinang dalam memacu persada dakwah ke arah merealisasikan Malaysia Menuju Negara Rahmah, in shaa Allah!
Ahli-ahli IKRAM Pulau Pinang melontarkan pandangan dan persoalan semasa perhimpunan

Para tetamu dan ahli IKRAM menjamu selera

Meja jualan dan pameran isu Palestine turut diadakan sepanjang perhimpunan ini.

Riuh rendah aktiviti gerai jualan semasa perhimpunan
Pengerusi Majlis PAI bersama Setiausaha Kerja IKRAM Pulau Pinang berlatar belakang pameran isu Palestine

Syabas dan tahniah kepada semua barisan kepimpinan dan ahli IKRAM Pulau Pinang atas kejayaan penganjuran perhimpunan ini yang pastinya melakar satu lagi coretan kematangan IKRAM Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment