Thursday, 23 April 2015

| BERITA | Awas Penipuan Melibatkan Goods Sales Tax (GST)



Apakah kenyataan media IKRAM Malaysia terhadap perlaksanaan GST ini?

Tersebut al-kisah ini:
" Baru sekejap tadi beli barang di kedai hardware. Jumlah belian RM108. Taukeh kedai minta tambahan 6% untuk GST bersamaan RM6.48. Keseluruhannya saya perlu bayar RM114.48.

Kemudian saya minta resit yang diiktiraf oleh kerajaan yg menyatakan kedainya boleh mengenakan GST. Dia jawab sistem petang ini baru ada. Saya beritahu, "U boleh kutip GST, tapi U punya sistem mesti sudah sedia. Sekiranya U kutip GST tanpa ada resit yg diiktiraf, U dah salah ni.... U boleh didenda RM200k jika ada org report...."

Selepas mendengar kata-kata saya tu taukeh tu tak jadilah kutip GST dari saya... Pastikan jika mereka kenakan GST, syarikat mereka telah berdaftar.
 
INFO...
Pastikan resit anda ada nombor berdaftar akaun GST di kepala resit. Ada yang tulis...
1. GST ID:
2. GST NO:
3. GST Reg No:

Kalau takde, itu bermaknanya kedai tu cuba mengambil kesempatan untuk menipu. Dia tidak ada akaun GST tapi kenakan GST 6% yang mana  selepas itu masuk poket sendiri. 

Kalau tulis tangan tak boleh pakai, Semua resit mesti print dari system GST tapi kat resit Chop Lam Wah tu nampak macam ada GST No. di kepala resit (di bawah alamat). tapi dijadikan contoh kedai yang menipu?

Maklumat lanjut boleh dicapai di:
https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1
Click “Look up GST Status”Insert the GST ID No. / CBP

No comments:

Post a Comment