17 APRIL: ULANGTAHUN PEMERGIAN AS-SYAHID DR ABDEL AZIZ AL-RANTISSI
"Kita semua menunggu hari kematian. Tidak akan ada perubahan; sama ada
oleh Apache atau sakit jantung. Saya memilih untuk mati dengan Apache."
Inilah kata-kata Dr Abdel Aziz al-Rantissi ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau bimbangkan keselamatan dirinya selepas Syeikh Ahmed Yassin terbunuh dalam serangan roket Apache Israel beberapa minggu sebelumnya. Dr Abdel Aziz dengan dengan tenang menjawab bahawa beliau tidak takutkan kematiannya, malah beliau menunggu-nunggu saat itu.
Rejim Zionis Israel ternyata sangat bimbang dengan pengaruh dan kredibiliti pemimpin yang digelar 'Singa Palestin' ini selepas beliau diangkat sebagai pemimpin Hamas selepas kesyahidan Syeikh Ahmed Yassin. Buktinya pada 17 April 2004, kurang sebulan selepas serangan roket Apache ke atas Syeikh Ahmed Yassin (22 Mac 2004), Dr Abdel Aziz pula menjadi mangsa serangan roket Apache Israel. Serangan tersebut mengorbankan beliau, anaknya dan pengawal peribadinya.
Dr Abdel Aziz adalah tokoh pejuang Palestin yang wajar dicontohi. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang ketika di bangku sekolah dan di universiti. Sungguhpun membesar di kem pelarian di Khan Younis, Gaza, beliau tidak pernah berputus-asa untuk mengubah nasib diri, keluarga dan bangsanya. Semangat ini membawa beliau berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan pendidikan di Universiti Iskandariah dalam bidang perubatan. Di sinilah beliau mula terdedah dengan tarbiyah dan dakwah Ikhwanul Muslimin (IM).
Sejurus menamatkan pengajian, beliau telah kembali ke Gaza untuk berkhidmat kepada anak bangsanya. Beliau mencurahkan baktinya dalam pelbagai bidang - Doktor Pediatrik di Hospital Nasir di Khan Younis, AJK pertubuhan Islam Majma Islami, memimpin Persatuan Doktor-Doktor Arab Gaza, AJK Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin dan Pensyarah Biologi dan Perubatan Kanak-Kanak di Universiti Islam Gaza (IUG).
Bapa kepada 6 orang cahayamata sesungguhnya berjiwa pahlawan. Beliau telah keluar masuk penjara sebanyak 9 kali (5 kali oleh Israel dan 4 kali oleh Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Yasser Arafat) dan dibuang daerah ke Selatan Lubnan sekali pada tahun 1992. Namun, penjara tidak pernah berjaya melemahkan semangat juangnya dan pembuangannya ke Marja Zuhur tidak berjaya memisahkan beliau dengan tanah airnya.
Jika Syeikh Ahmed Yassin adalah pemimpin spiritual Hamas, Dr Abdel Aziz adalah pemimpin politiknya. Gabungan kedua-dua tokoh ini telah berjaya membangkitkan semula perjuangan rakyat Palestin melalui Intifada al-Aqsa (Intifada Kedua) pada tahun 2000 selepas dunia ditipu dengan janji-janji manis Perjanjian Oslo 1993 yang dieksploitasi oleh rejim Zionis Israel untuk terus menjajah dan menzalimi rakyat Palestin. Kejayaan Intifada al-Aqsa telah memaksa Israel mengambil tindakan drastik untuk membunuh kedua-dua tokoh ini.
Pemergian As-Syahid Dr Abdel Aziz akan sentiasa diingati oleh semua pejuang Palestin dan mereka yang menyokong perjuangan membebaskan bumi anbiya ini. Semoga ruh as-syahid dicucuri rahmat Allah SWT hendaknya. Al-fatihah. [kj]
__________________________ _
Teruskan mengikuti perkembangan terkini Palestin di laman FB PACE.

__________________________
Teruskan mengikuti perkembangan terkini Palestin di laman FB PACE.

No comments:
Post a Comment