Showing posts with label IKRAM Belia. Show all posts
Showing posts with label IKRAM Belia. Show all posts

Thursday, 21 January 2016

Sunday, 26 July 2015

| BERITA | Program Piknik Raya anjuran Belia IKRAM Pulau Pinang dan GEMA Pulau Pinang berlangsung meriah

 

25 Julai 2015, Bagan Ajam - Program Piknik Raya anjuran Belia IKRAM Pulau Pinang dan GEMA Pulau Pinang telah berlangsung dengan meriahnya di RNR Bagan Ajam Pantai Bersih petang tadi.

Berikut adalah berita bergambar program ini.

Friday, 8 May 2015

| HEBAHAN | Program Kelas Tafaqquh IKRAM Pulau Pinang (KITAP)

8 Mei 2015: Ustaz Syazalie Hirman menyampaikan kuliah beliau sebentar tadi.

| HEBAHAN | BIJAK BELANJAWAN 1.0: Pengurusan Kewangan Seorang Muslim, 24 Mei 2015

 
| BELIA SISTEMATIK |

Kos sara hidup meningkat, gaji cukup makan, GST, kereta, rumah, bil, cukai lagi, zakat wajib, simpanan haji, simpanan lain, pelaburan, masa depan anak-anak/bakal kawin… Dan banyak lagi yang memerlukan wang.. Mana dulu nak didahulukan? Mana lagi penting? Banyak mana perlu allocate?

Inilah masanya untuk belajar mengurus kewangan!
 
Mari sertai kami di program seminar kewangan, BIJAK BELANJAWAN 1.0: PENGURUSAN KEWANGAN SEORANG MUSLIM.

Saturday, 25 April 2015

Tuesday, 31 March 2015

| BERITA | Program SAYONARA JAHILIYYAH anjuran Belia IKRAM Timur Laut & Seberang Perai Selatan 28 Mac 2015


Sayonara Jahiliyyah !!!

SAYONARA JAHILIYYAH: OUTDOOR VERSION & BEDAH BUKU (BEB)
Anjuran: Belia IKRAM Pulau Pinang Daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran bagi Allah.

Pada 28 Mac 2015 telah berlangsung program berikut di Taman Negara dan Pantai Kerachut, Pulau Pinang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini termasuk 3 pelajar berusia 15 tahun. Peserta terdiri daripada belia dan beliawanis dari pelbagai pelusuk negeri Pulau Pinang.

Objektif program kali ini ialah:
  1. Memperkenalkan peserta kepada jahiliyah yang sedang menular dalam masyarakat semasa. 
  2. Memberi pencerahan kepada peserta untuk mengatasi dan melepaskan diri dari belenggu jahiliyah. 
  3. Menerapkan budaya hidup sihat dalam kalangan peserta. 
  4. Memenuhi salah satu muwasoffat tarbiyah – mukmin yang berilmu dan sihat tubuh badan. 
  5. Melahirkan belia yang cintakan ilmu dan majlis ilmu. 
  6. Meningkatkan kesedaran belia tentang pentingnya ilmu yang benar.
InsyaAllah, didoakan agar program ini bukanlah bersifat 'one shot' dan peserta yang belum memasuki gerabak dakwah dan tarbiyah akan menyertai amal jamaie suatu hari nanti.

Friday, 16 January 2015

| BERITA | Daurah Belia IKRAM Daerah Timur Laut, 15 Januari 2015


Program Daurah Belia IKRAM Daerah Timur Laut telah diadakan semalam, Khamis, !5 Januari 2015 bermula jam 9 malam di pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, Sg. Nibong. 

Pengisian daurah yang bertajuk Toriqud-dakwah: Marhalah taarif takwin tanfiz telah dikupas oleh Al-Ustaz Sazalie Al-Yamani.