Friday, 30 January 2015

| BERITA | Pandangan Wanita IKRAM dipetik dalam The Malaysian Insider: Consult parents on new Child Act, says group amid caning furore


Consult parents on new Child Act, says group amid caning furore

January 28, 2015 - Parents must be consulted when the new Child Act is being drawn up, a non-governmental organisation told Putrajaya, after uproar over its proposal to outlaw caning of minors.

IKRAM Malaysia women's wing chief Datin Paduka Che Asmah Ibrahim said the Women, Family and Community Development ministry's plan to enact a new Child Act should take into account Islamic views as well as the Malaysian culture.

She added that the parents and the public had to be educated to ensure the welfare of children was protected. "Parents need to understand about disciplining and punishing their kids. Discipline means setting a limit on all aspects of life and has to be inculcated among children since young. This is aimed to ensure a harmonious life and not to scare or worse, abuse children," she said in a statement today.

Che Asmah said people, especially parents, needed to understand that although caning is mentioned in Islam as a form of punishment, it cannot be used arbitrarily. Citing an example, she said caning should not be administered to minors below 10 years old.

Thursday, 29 January 2015

| BERITA | MUKIM tingkat kualiti kepemimpinan belia Islam



Program Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) Zon Utara telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pada Sabtu 24 Januari lalu.

MUKIM Zon Utara ini dianjurkan oleh World Assembly of Muslim Youth (WAMY Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), ACCIN, IKRAM Pulau Pinang, ABIM Pulau Pinang, Islamic Propagation Society International (IPSI) dan HALUAN Pulau Pinang.

| BERITA | Perginya Seorang Srikandi Pendidikan

 
Almarhum Malindah Baba
Jawatankuasa Pendidikan, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan takziah kepada Md Sidin bin Mardan dan seluruh anggota keluarganya di atas kembalinya ke rahmatullah isteri tercinta, Almarhum Malindah Baba pada 9 Rabiul Akhir 1436 bersamaan 29 Februari 2015.

Almarhum Malindah Baba merupakan seorang yang sangat komited dan cekal dalam memartabatkan sistem Pendidikan Islam IKRAM-Musleh. Beliau telah terlibat dalam dunia pendidikan sejak awal hinggalah menghembus nafas terakhir, dengan tidak pernah mengenal lelah dan mengeluh kalah.

Beliau telah memegang pelbagai tanggung jawab dan amanah. Di antaranya ialah guru di SRI Al Islah Sg. Petani, Guru Besar Sekolah Alif Brunei, Guru Besar SRI As Saidiyyah, Seremban, Eksekutif Pendidikan di Musleh Bhd, dan Ketua Pegawai Operasi (COO) SRI i-Musleh, Melaka.

| BERITA | Jenazah Syeikh Jum’ah Amin selamat dikebumikan


LONDON - Jenazah Naib Mursyid Am Ikhwan Muslim, Almarhum Syeikh Jum’ah Amin selamat dikebumikan semalam di Garden of Peace Muslim Cemetery, Ilford di sini selepas solat Zuhur di East London Mosque.

IKRAM diwakili oleh Presiden IKRAM UK & Eire (UKE), Mus’ab Shaharom dan beberapa ahlinya turut hadir untuk solat jenazah bersama-sama dan memberikan penghormatan terakhir untuk tokoh Ikhwan tersebut.

Solat jenazah diimamkan oleh Syeikh Ibrahim Munir, pimpinan Ikhwan Muslimin Eropah. Sepanjang urusan pengebumian tersebut, ia diiringi dengan tazkirah dan doa untuk keselamatan dan kerahmatan untuk roh Almarhum.

Wednesday, 28 January 2015

| KENYATAAN MEDIA | Kaji Semula Cadangan Merotan Sebagai Satu Kesalahan Jenayah.

KENYATAAN MEDIA
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
27 Januari 2015

KAJI SEMULA CADANGAN MEROTAN SEBAGAI SATU KESALAHAN JENAYAH 

Kenyataan YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi kerisauan di kalangan anggota masyarakat. Wanita IKRAM terpanggil untuk menyatakan pandangan dalam isu ini.

Wanita Pertubuhan IKRAM menggesa agar sebarang pindaan atau pemurnian yang hendak dibuat ke atas akta penjagaan hak kanak-kanak hendaklah dinilai secara menyeluruh serta bertujuan meningkatkan keberkesanan kawalan ke atas penjagaan kebajikan kanak-kanak. Ianya mestilah mengambil kira sudut pandang Islam selaku agama Persekutuan negara ini, adat serta budaya masyarakat. Pindaan yang hendak dibuat hendaklah bukan semata-mata untuk akur dengan prinsip dan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child,(CRC)  yang mana Malaysia telah menjadi Negara pihak setelah CRC diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995. Kenyataan YB Menteri bahawa merotan anak merupakan sebahagian dari budaya masyarakat kita juga adalah kurang tepat dan boleh memberi tanggapan yang negatif terhadap masyarakat Malaysia terutamanya di kalangan masyarakat antarabangsa dalam konteks pelaksanaan CRC.

| BERITA | Penajaan Perumahan Sementara i-Bantu utk Mangsa Banjir


Peluang Penajaan Perumahan Sementara iBantu utk Mangsa Banjir

Bencana banjir yang melanda negeri2 pantai timur khususnya Kelantan telah menyebabkan ramai yg telah kehilangan rumah akibat roboh serta dihanyutkan air.

Mengikut statistik terkini, hampir 1423 buah rumah telah musnah dan tidak boleh diduduki.

Oleh itu, Pertubuhan Ikram Malaysia melalui agensi khidmat masyarakatnya, iBantu dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai telah mengambil inisiatif utk membina perumahan sementara 'Temporary Shelter-TS'. Projek ini memberi peluang utk semua masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa dan agama utk turut serta menyumbang bagi sama-sama membina dan membangunkan semula semangat dan kekuatan rakyat Kelantan khysusnya utk bangkit dgn penuh semangat dari kesan bencana yg menimpa mereka.


| BERITA | Program Lawatan Hospital 31 Januari 2015


  • Program ziarah pesakit di wad-wad Hospital Besar Pulau Pinang.
  • Berpeluang menceriakan dan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bersama pesakit dan ahli keluarga. Juga, berkongsi ilmu-ilmu berkaitan Islam yang wajar diketahui oleh para pesakit, antaranya kaedah wudu' semasa sakit, kaedah solat semasa sakit.
  • Dijayakan oleh sukarelawan dari kalangan ahli-ahli IKRAM Negeri Pulau Pinang dan Hidayah Centre Pulau Pinang beserta anggota masyarakat setempat.
  • Merupakan program kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Hospital Besar Pulau Pinang
  • Program lawatan ini berlangsung selama 1 hingga 2 jam sahaja.
  • Program ini terbuka kepada segenap lapisan masyarakat yang berminat. Sila hubungi nomber perhubungan di atas.

Monday, 26 January 2015

| BERITA | Tun Dr Mahathir lancar 'Kempen Sumbangan 1 Bilion Dolar Untuk Membina Semula Gaza'

 

CYBERJAYA - Pelancaran ‘1 Billion Dollar Donation Campaign to Rebuild Gaza’ telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Shaftbury Asteria Cyberjaya, iTech Tower di sini.


Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang dalam kempen ini untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.

Kempen antarabangsa ini mensasarkan untuk membina semula 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 188 buah sekolah dan 134 buah masjid yang musnah akibat serangan zionis Israel selama 52 hari semasa Ramadan tahun lalu.

| BERITA | Pemergian Syeikh Jum'ah Amin: Takziah dari IKRAM

Perutusan Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

25 Januari 2015 bersamaan 4 Rabiulakhir 1436H

Pemergian Syeikh Jum'ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan rasa sedih dan dukacita dengan pemergian Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin Abdul Aziz, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Januari 2015 di Kota London.

IKRAM mengucapkan takziah kepada pimpinan Ikhwan Muslimin dan keluarga Syeikh Jum'ah Amin. Syeikh Jum'ah Amin pernah melawat Malaysia selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

| MINDA PIMPINAN | Beberapa Iktibar dari Bencana Banjir



Profesor Dr Mohd Nazari Ismail
Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

Sumber: Laman web Pertubuhan IKRAM Malaysia
http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1191:beberapa-iktibar-dari-bencana-banjir&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

Bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia baru-baru ini berkemungkinan besar sudah sampai ke penghujungnya. Hanya beberapa kampung di Mukim Kampung Gajah, Perak yang masih ditenggelami air. Manakala di tempat-tempat lain (kecuali di Sarawak), air sudah pun surut.

Namun, kesan terhadap kehidupan mereka yang ditimpa bencana ini masih kekal. Ada yang telah kehilangan orang yang dikasihi akibat kematian. Manakala ribuan yang telah kehilangan tempat tinggal sama sekali dan ramai lagi yang mengalami kerugian besar akibat dari kerosakan harta benda mereka.  Di Kelantan sahaja, setakat ini, 2,677 rumah telah dikenal pasti musnah sepenuhnya. Ribuan lagi telah rosak dan perlu dibaik pulih.

Beberapa iktibar boleh dipelajari akibat dari bencana ini. Iktibar pertama adalah menyedari hakikat bahawa kita dan segala harta kita adalah sebenarnya milik Allah SWT semata-mata. Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu dan boleh mengambil balik nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan sekelip mata sahaja dan tanpa disangka-sangka.

Monday, 19 January 2015

| BICARA YDP | MISI BANJIR: Lensa YDP IKRAM Negeri Pulau Pinang.

 
Ir Jamaluddin Bin Abdullah

"Semoga ia lebih baik lagi" 

Peristiwa banjir baru-baru ni adalah bencana alam yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Saya berpeluang menyertai sukarelawan i-Bantu ke Kampung Guchil, Kuala Krai selepas air banjir surut.

Setibanya di sana misi membantu terencat separuh kerana disebabkan tiada bekalan air, kerja mencuci dan membersih rumah tidak dapat dilaksanakan. Namun, i-Bantu Pulau Pinang dengan koordinasi i-Bantu Kelantan, sedikit sebanyak dapat menggerakkan bantuan menghantar barang-barangan ke kampung yang memerlukan.

Hasrat menghilangkan keperitan penduduk kampung juga tidaklah tercapai sepenuhnya kerana barang pakaian yang banyak dibawa bersama tidak dikehendaki lagi. Malah banyak timbunan pakaian yang berlonggok-longgok di tepian jalan dan di pusat bantuan. Namun apabila pasukan i-Bantu menerobos ke kawasan kampung tepi sungai ternyata sedikit sebanyak barangan bantuan dapat diagihkan dan diterima baik.

Persoalan timbul di sini, adakah kita semata-mata ke Kuala Kerai untuk menghabiskan barang-barang atau membantu mangsa? Sudah tentu tidak mahu menjadi 'disaster tourist' dengan merekodkan foto-foto selfie bersama rakan sukarelawan lepas itu pulang dengan gembira.

Saya dapati koordinasi antara NGO-NGO pun tidak ketara. Kita memberi bantuan ke kampung pendalaman hanya berpandukan informasi wakil-wakil orang tempatan sahaja. Sepatutnya satu badan berwajib seperti Majlis Daerah atau Pejabat Pegawai Daerah bertindak menyelaraskan kerja-kerja agihan bantuan.

Banyak pasukan NGO dan badan sukarelawan yang tidak berbincang sesama lain. Masing-masing gah dengan kenderaan pacuan 4-roda dengan barangan yang penuh dan bendera pertubuhan mereka. Yang terus merana ialah mangsa banjir yang terus meminta dapur masak, kain sarung, selimut dan rumah tempat berteduh.

Namun pujian harus diberi kerana ada sebahagian yang turun menziarahi mangsa, memberi nasihat kaunseling disamping melahirkan rasa empati. Kita perlu mahir dalam skil ini. Kita perlu juga menyantuni mereka dalam fasa pasca banjir. Projek satu usrah satu keluarga mangsa, pakej 'back to school', pakej kaunseling dan pakej dapur adalah cadangan yang baik.

Sesungguhnya, musibah banjir banyak memberi peluang kita beramal, buktikan bahawa IKRAM bukan sekadar membantu umat di luar negeri tapi juga kita prihatin terhadap kesengsaraan umat di tanahair kita. Dakwah kita bernafas panjang, usaha kita tidak terhenti di sini sahaja.

Marilah kita pertingkatkan amal, infaq jiwa dan harta bersungguh-sungguh dan bekerja dengan ihsan. Inilah perniagaan kita dengan Allah. Akhirnya Allah akan permudahkan urusan di dunia dan perluaskan rahmatNya ke syurga. 

Firman Allah,
"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa."
Surah al-Lail : 4 - 11
Sekian. Wassalamu'alaikum.

Ir Jamaluddin Bin Abdullah

YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Pulau Pinang

| BERITA | Seminar Persempadanan Semula: Kesan Kepada Keputusan Pilihanraya



 Seminar Persempadanan Semula: Kesan Kepada Keputusan Pilihanraya
 Ahad, 25 Jan 2015
9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
DK3 Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya

Semua dijemput hadir!

| BERITA | Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia 24 Januari 2015


Borang Pendaftaran MUKIM 2015
http://goo.gl/forms/NQUuOxQqK9



Saturday, 17 January 2015

| BERITA | Berita bergambar: Program Halaqah Qaseh: Kerana Dirimu Amat BERHARGA Siri Pertama, 17 Januari 2015


17 Januari 2015, Sungai Ara - Program Halaqah Qaseh Siri Pertama bagi tahun 2015 telah berjaya diadakan pada hari ini di Masjid Al-Huda, Sungai Ara. Program ini bermula pada jam 2.30 petang dan ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Saliza binti Zainol.

Sambutan yang menggalakkan diterima daripada masyarakat setempat. In shaa Allah, siri program Halaqah Qaseh ini adalah program berkala Wanita IKRAM Pulau Pinang dengan kerjasama Wanita IKRAM daerah setempat bagi tahun 2015.

Ustazah Saliza Zainol

Friday, 16 January 2015

[ BERITA ] IKRAM Perkenal Polisi Alam Sekitar

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memperkenalkan polisi alam sekitarnya iaitu ‘Polisi Hijau Dan Rendah Karbon IKRAM’ yang telah diluluskan dalam Sidang Dewan Perwakilan Nasional (DPN) sesi 2014-2018 kali ke-3 pada 20-21 Disember 2014 yang lalu.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Nd Nor, status polisi ini adalah sebagai garis panduan dan galakan kepada ahli-ahli, organisasi dan institusi-institusi IKRAM untuk melaksanakannya. “IKRAM Pusat, IKRAM Negeri dan Daerah, termasuk Wanita serta institusi-institusi termasuk pejabat-pejabat hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya,” katanya.

Tambahnya, satu perkara yang penting dalam perlaksanaan polisi ini adalah ‘ilmu’ iaitu hendaklah melaksanakan polisi ini bersama ilmu. “Oleh itu, digalakkan diadakan majlis-majlis penerangan tentang polisi ini agar apa yang kita lakukan bukan sahaja nampak mesra kepada alam sekitar tetapi memang sebenarnya mesra kepada alam sekitar,” ujarnya.

Menurut Nahar, polisi ini adalah sebahagian daripada tuntutan Islam yang menuntut agar kita menjaga bumi kurniaan Allah SWT dan tidak merosakkannya. Katanya, di peringkat pusat, IKRAM akan mula melaksanakannya di peringkat Ibu Pejabat, insyaa-Allah.

Di bawah dilampirkan Polisi Hijau Dan Rendah Karbon IKRAM.

POLISI HIJAU DAN RENDAH KARBON PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

PENDAHULUAN
Firman Allah SWT di dalam Surah Al Anbiya’ ayat 107:

 “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam”.

| BERITA | Daurah Belia IKRAM Daerah Timur Laut, 15 Januari 2015


Program Daurah Belia IKRAM Daerah Timur Laut telah diadakan semalam, Khamis, !5 Januari 2015 bermula jam 9 malam di pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, Sg. Nibong. 

Pengisian daurah yang bertajuk Toriqud-dakwah: Marhalah taarif takwin tanfiz telah dikupas oleh Al-Ustaz Sazalie Al-Yamani.

| BERITA | Usrah Gabungan Tahap 01 dan 02 (Lelaki dan Wanita) IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah, 15 Januari 2015



Semalam, 15 Januari 2015, Khamis, telah diadakan Usrah Gabungan Tahap 01 dan 02 untuk ahli lelaki dan wanita IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang.

Seramai 51 orang ahli yang terdiri dari 30 ahli lelaki dan 21 ahli wanita telah menyertai usrah gabungan ini yang bermula pada jam 8.30 malam.

I BERITA I Seminggu pertama SRIAR yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.



12hb - 16hb Januari 2015: Seminggu pertama Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR) yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Para pelajar telah memulakan pengajian mereka seperti di dalam jadual persekolahan.

Terima kasih kepada ibu-bapa yang telah mendaftarkan anak- anak mereka dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada pihak SRIAR untuk mendidik anak- anak mereka.

Pihak SRIAR berjanji menjaga amanah ini dan terus mendidik anak-anak berteraskan Al-Quran & Sunnah sepertimana yang termaktub di dalam objektif dan matlamat pendidikan IKRAM-MUSLEH
, in shaa Allah.

Thursday, 15 January 2015

| BERITA | Ketua Wanita IKRAM Pusat menulis dalam Harakah Daily terhadap isu artis Korea memeluk remaja Muslim

 

Kekalkan kesusilaan Islam melalui pendekatan kasih sayang

Oleh DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Penulis ialah Pengerusi Gabungan IMAANA 2014-2015.


IMAANA (Intergrated Muslimah Association and Network Alliance), iaitu Gabungan Wanita NGO-NGO Islam Malaysia yang prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan isu-isu wanita dan kanak-kanak di Malaysia dan peringkat antarabangsa juga terkesan dengan kedua-dua peristiwa tersebut.

IMAANA berasa kesal dan sedih dengan perkembangan dunia hiburan tanah air kebelakangan ini. Perbuatan di luar batas agama dan adab ketimuran yang dipertontonkan di khalayak ramai ini telah mencemarkan maruah wanita Muslim terutamanya di negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasminya dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran yang tinggi. Namun demikian IMAANA menganggap kedua-dua peristiwa ini perlu dijadikan satu kejutan kecemasan (‘wake up call’) kepada negara mengenai tahap kebejatan gejala sosial dan kerendahan akhlak yang sedang mengancam masa depan generasi pelapis negara ini.

| BERITA | Majlis Sambutan Maulidul Rasul MYDIN Bertam dengan kerjasama IKRAM Daerah Seberang Perai Utara

Kumpulan Ukhwah dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menyampaikan beberapa buah lagu di pembukaan dan penutup program.
Majlis sambutan Maulidul Rasul MYDIN Bertam dengan kerjasama IKRAM daerah Seberang Perai Utara telah selamat dijayakan pada 4 Januari 2015 bermula dari jam 3.30 petang sehingga jam 5.00 petang di MYDIN.

Dikongsikan kenangan majlis ini untuk tatapan bersama. 

Pidato Cinta Kepada Rasulullah oleh Athirah Shahidan

| BERITA | Kenyataan Media IMAANA: Kekalkan Kesusilaan Islam Melalui Pendekatan Kasih Sayang

  KENYATAAN MEDIA
Integrated Muslimah Association and Network Alliance (IMAANA)
14 Januari 2015

KEKALKAN KESUSILAAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN KASIH SAYANG

Nota: IMAANA adalah akronim kpd Integrated Muslimah Association and Network Alliance yg dipengerusikan oleh Ketua Wanita IKRAM (2014-2018)

Pendedahan dua klip video adegan berpelukan dan berciuman diantara anak gadis Melayu bertudung dengan anggota kumpulan K-Pop B1A4 dan adengan berpelukan di antara dua orang artis tempatan beragama Islam di pentas persembahan telah mengundang pelbagai reaksi khususnya dari umat Islam di Negara ini. IMAANA(Intergrated Muslimah Association and Network Alliance), iaitu gabungan NGO-NGO Wanita Islam Malaysia yang prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan isu-isu wanita dan kanak-kanak di Malaysia dan peringkat antarabangsa juga terkesan dengan kedua-dua peristiwa tersebut.

IMAANA merasa kesal dan sedih dengan perkembangan dunia hiburan tanahair kebelakangan ini. Perbuatan diluar batas agama dan adab ketimuran yang dipertontonkan di khalayak ramai ini, telah mencemarkan maruah wanita Muslim terutamanya di negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasminya dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran yang tinggi. Namun demikian IMAANA menganggap kedua peristiwa ini perlu dijadikan satu kejutan kecemasan (‘wake up call’) kepada negara mengenai tahap kebejatan gejala sosial dan kerendahan akhlak yang sedang mengancam masa depan generasi pelapis Negara ini.

| KENYATAAN MEDIA | Towards ‘NEGARA RAHMAH’ (NATION OF MERCY) – Enhancing Dialogue

Prof Madya Badlishah Sham Baharin

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

15 Januari 2015 bersamaan 24 Rabiul Awwal 1436H

TOWARDS ‘NEGARA RAHMAH’ (NATION OF MERCY) – ENHANCING DIALOGUE

 
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) is committed to creating a peaceful and harmonious society in Malaysia based on the ‘Negara Rahmah’ (Nation of Mercy) underpinned by the principles of Syariah.

In pursuing this objective, IKRAM is committed to resisting all forms of intolerance, bigotry, hatred and provocation, whether they are racial or religious, from permeating in society.

IKRAM also abhors all forms of violencae, extremism and hate speech. In the same vein, IKRAM has been involved in civil society movements aimed at social inclusion, resisting all forms of discrimination, exploitation, injustices and protecting the nation from the incursion of extremist elements.

Wednesday, 14 January 2015

| BERITA | Program CMR Eat4Donation Charity


| BERITA | Sinar Harian 13 Januari 2015: Program Bantu Mangsa Banjir i-BANTU Pulau Pinang

| INFO | Rangkaian institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH di Pulau Pinang

 
Source: http://en.hdyo.org/tee/questions

Tahukah anda tentang institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH di Pulau Pinang?

| BERITA | Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR), Seberang Perai Tengah ditubuhkan




Alhamdulillah, institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH mengorak langkah dengan penubuhan satu lagi sekolah rendah di bawah rangkaiannya.

Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR) memulakan hari pertama penubuhannya pada 12 Januari 2015. Suatu detik lagi dalam sejarah penubuhan institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH di Pulau Pinang.

Pendaftaran untuk kemasukan darjah 1 (SATU) sesi persekolahan 2015 dibuka sehingga Jun 2015.

Maklumat lanjut:

SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAL RINTIS
21, Tingkat 1, Lorong Kelasah 1, Taman Kelasah, 13700 Seberang Jaya, P.Pinang


Waktu pejabat:
7.30 am - 1.00 pm, 2.00 pm - 4.30 pm (Isnin-Khamis)
7.30 am - 12.30 pm, 2.30 pm - 4.30 pm (Jumaat)
Hujung minggu dan cuti umum TUTUP


Waktu pembelajaran: 
7.45 am - 2 pm 

Subjek yang ditawarkan:
1. Akademik:
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Dunia Sains dan Teknologi, Bahasa Arab.
2. Diniah:

Feqah, Tajwid, SIrah, Akhlak, Aqidah.

Hubungi:
Muallim Umar Al-Mukhtar (019-541 7821 / 019-447 7821)

| BERITA | Halaqah Al-Hidayah, IKRAM Daerah Timur Laut

Jemput beramai-ramai ke program ini, in shaa Allah.

Tuesday, 13 January 2015

| KENYATAAN MEDIA | Mejar Zaidi Ahmad: Hukuman berat tidak setimpal dengan kesalahan

  KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
13 Januari 2015 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1436H

MEJAR ZAIDI AHMAD: HUKUMAN BERAT TIDAK SETIMPAL DENGAN KESALAHAN


Keputusan perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad atas dua (2) kesalahan yang dituduh di bawah Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972 telah pun dibuat. Beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur ATM bersabit tuduhan-tuduhan berikut:

1. Membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Menteri Pertahanan berkenaan isu dakwat tidak kekal yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dalam PRU 13 pada tahun 2013.

2. Berkongsi maklumat sulit berkenaan perpindahan tempat kerja beliau dengan pihak media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Panel penghakiman dalam sidang Mahkamah Tentera pada 12 Januari 2015 telah menjatuhkan hukum buang kerja ke atas Mejar Zaidi, sekaligus menafikan faedah pencen yang sepatutnya diterima.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan yang disifatkan begitu berat, tidak mengambil kira rekod perkhidmatan beliau yang baik malah didapati tidak setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berkenaan isu dakwat yang dicalit di jari pemilih yang tidak kekal, ianya adalah satu isu yang telah dimaklumi ramai malah pihak SPR sendiri mengakui hakikat bahawa dakwat yang digunakan tidak kekal selama tujuh hari seperti didakwa.

Adapun ‘kesalahan’ yang Mejar Zaidi lakukan ialah membuat laporan polis berkenaan dakwat yang tidak kekal tersebut serta bercakap perkara yang benar kepada media. Lantas persoalannya, di manakah risiko, kerugian atau ‘damages’ yang telah dialami oleh ATM akibat pelanggaran terhadap prosedur ATM?

Selain daripada itu, IKRAM juga mendapati terdapat kecacatan dalam perjalanan perbicaraan Mejar Zaidi, di mana wujud bukti pihak Ketua Panel penghakiman telah memberikan komen dalam Facebook pada bulan November 2014, yang bersifat prejudis terhadap kes pembelaan Mejar Zaidi.

Sehubungan dengan itu, IKRAM memohon agar pihak berkuasa tentera menyemak kembali hukuman yang telah dijatuhkan sidang panel penghakiman.

Semoga keadilan dapat dikembalikan kepada Mejar Zaidi.

Hj Nahar bin Md Nor

Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

| BERITA | Lawatan pasca UPSR pelajar tahun 6 SRI Al-Itqan, Teluk Kumbar ke Pantai Timur

Perkongsian pengalaman oleh Brother Ong Ma Vi yang menjadi guru ganti (guru kekal pergi menunaikan haji) di SRI Al-Itqan berkenaan lawatan pasca UPSR 2014 pelajar tahun 6 SRI Al-Itqan, Teluk Kumbar ke Pantai Timur.....



Published on Nov 12, 2014
"Kelantan and Terengganu trip with standard 6 pupils of Sekolah Rendah Al-Itqan. My first official school trip as a teacher. Had a great time with the pupils and fellow staff. A memorable experience to be treasured for the rest of my life!"
Ong Ma Vin

Sunday, 4 January 2015

| CATATAN SUKARELAWAN | Misi OSEM 1.0 : Kg. Gajah, Perak



Ahad, 4 Januari 2015 Hari ini sepatutnya menjadi Ahad yang terakhir dalam minggu cuti sekolah akhir tahun. Namun, kerana bencana banjir yang melanda hampir di separuh bumi Malaysia, sesi persekolahan ditangguhkan lagi seminggu. Hari ini juga satu misi kemanusiaan ke sebuah kampung di negeri Perak telah dirancang di bawah Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Pulau Pinang (GEMA PP) dan i-Bantu IKRAM Pulau Pinang.

PAGI : PERMULAAN SEBUAH MISI
Jam 5:00 pagi aku sudah bangun untuk bersiap menyertai misi tersebut. Aku dan suami menaiki pacuan 4 roda milik sukarelawan lain pada jam 5:30 pagi bergerak dari rumahku di Nibong Tebal menuju ke ‘check-point’ pertama, R&R Sg. Perak.

Saturday, 3 January 2015

| BERITA | Dr Hafidzi terima Anugerah Maulidur Rasul 1436H

 

PUTRAJAYA - Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menerima Anugerah Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015 peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Dr Hafidzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat IKRAM menerima RM20,000, plak, sijil dan hadiah iringan daripada oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambutan yang bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ ini juga telah menobatkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul serta menerima RM50,000, plak dan sijil.

Selain itu, lapan individu lain yang menerima Anugerah Maulidur Rasul ialah Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail, Datuk Saleh Mad, Datuk Mahamud Abdul, artis nasyid Nazrey Johari, pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Abdullah, Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Kolonel Mohd. Sakri Husin dan atlet paralimpiad, Mohd. Azlan Mat Lazim.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman Mustapha, pemilihan tokoh tersebut dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

Semoga anugerah ini memberi lonjakan dan rangsangan kepada kerja-kerja pembelaan umat sejagat yang dijalankan oleh IKRAM melalui MyCARE, insyaa-Allah.
Sumber: