Peluang Penajaan Perumahan Sementara iBantu utk Mangsa Banjir
Bencana banjir yang melanda negeri2 pantai timur khususnya Kelantan telah menyebabkan ramai yg telah kehilangan rumah akibat roboh serta dihanyutkan air.
Mengikut statistik terkini, hampir 1423 buah rumah telah musnah dan tidak boleh diduduki.
Oleh itu, Pertubuhan Ikram Malaysia melalui agensi khidmat masyarakatnya, iBantu dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai telah mengambil inisiatif utk membina perumahan sementara 'Temporary Shelter-TS'. Projek ini memberi peluang utk semua masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa dan agama utk turut serta menyumbang bagi sama-sama membina dan membangunkan semula semangat dan kekuatan rakyat Kelantan khysusnya utk bangkit dgn penuh semangat dari kesan bencana yg menimpa mereka.
Utk makluman, di kawasan Guchil sahaja seramai 250 org telah kehilangan rumah dan mereka sangat mengharapkan bantuan kita semua. Oleh itu saya menyeru kpd semua rakyat Malaysia utk turut sama menyumbang dana bagi membangunkan perumahan sementara ini. Sumbangan ini adalah sangat bermakna kpd rakyat Kelantan.
Sekian, terima kasih
En. Wan Zulkifli Wan Abdullah
Ir Dr Faizul Amri Bin Adnan
Pengarah (Bersama)
Projek Temporary Shelter iBantu
Setiausaha iBantu Malaysia
Pengarah iBantu Johor







No comments:
Post a Comment