Program
Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) Zon Utara telah
diadakan di Auditorium 1, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pada
Sabtu 24 Januari lalu.
MUKIM
Zon Utara ini dianjurkan oleh World Assembly of Muslim Youth (WAMY
Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP),
ACCIN, IKRAM Pulau Pinang, ABIM Pulau Pinang, Islamic Propagation
Society International (IPSI) dan HALUAN Pulau Pinang.
Program
bermula dengan ucapan Pengerusi WAMY Malaysia, Ustaz Shahrin Awaludin
selaku Pengarah Program MUKIM 2015. Muktamar ini dirasmikan oleh
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon
yang turut membentangkan kertas kerja pertama MUKIM yang bertajuk
‘Kepemimpinan Belia: Sejarah dan Hala Tuju’.
| Ustaz Shahrin Awaludin |
| YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon |
Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato' Dr Hj Wan Salim Wan
Mohd Noor seterusnya membentangkan kertas kerja yang bertajuk
‘Kepimpinan Ideal: Iktibar Daripada Sirah Nabawiyah’. Muktamar
diteruskan dengan ‘Bicara Isu Semasa Dunia Islam’ yang disampaikan oleh
Dr Sami Samir Abdelfattah, Ketua Pusat Pelajar Antarabangsa (WAMY ISC).
Aturcara
seterusnya adalah Sidang Pleno bertajuk 'Prospek dan Agenda
Kepemimpinan Belia' yang dipengerusikan oleh Saudara Hanapi Jamaludin
(WAMY) dan tiga ahli panel iaitu Dato' Hj Abdul Halim Hussain (Timbalan
YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang), Dr Mohamad Nasir Othman (HALUAN
Siswa Pulau Pinang) dan Puan Siti Harwani Md Yusoff (Timbalan Pengerusi
Belia IKRAM Pulau Pinang).
| Sahibus Samahah Dato' Dr Hj Wan Salim Wan Mohd Noor |
| Dr Sami Samir Abdelfattah |
| Sidang Pleno bertajuk 'Prospek dan Agenda Kepemimpinan Belia' |
MUKIM
yang kini memasuki siri ke-7 ini membawa tema ‘Kepemimpinan Belia:
Sejarah dan Hala Tuju’ bertujuan untuk mengumpulkan belia-belia Islam
khususnya dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di seluruh
negara.
Ia
juga bakal menjadi satu forum perbincangan bagi semua pihak yang
terlibat dengan belia Islam di pelbagai kementerian, jabatan, institusi
dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada penggubal dasar,
pentadbir, aktivis belia, pensyarah dan mahasiswa.
Secara
khususnya, MUKIM pada tahun bertujuan menjelaskan ciri-ciri
kepemimpinan belia Islam dari perspektif sirah Rasululullah SAW dan
sejarah kegemilangan Islam. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal
pasti keperluan-keperluan asas dalam membina kepemimpinan belia Islam
dan merangka konsep dan mekanisma jaringan kepemimpinan belia Islam masa
kini.
Muktamar ini diharapkan akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepemimpinan belia Islam di seluruh negara, insya-Allah.

No comments:
Post a Comment