PUTRAJAYA
- Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr
Hafidzi Mohd Noor menerima Anugerah Maulidur Rasul sempena Majlis
Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015 peringkat kebangsaan di Masjid Putra
di sini hari ini.
Dr
Hafidzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat IKRAM
menerima RM20,000, plak, sijil dan hadiah iringan daripada oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambutan
yang bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ ini juga telah
menobatkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad
sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul serta menerima RM50,000,
plak dan sijil.
Selain
itu, lapan individu lain yang menerima Anugerah Maulidur Rasul ialah
Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail, Datuk Saleh Mad, Datuk
Mahamud Abdul, artis nasyid Nazrey Johari, pendakwah bebas, Ustaz
Muhammad Abdullah, Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara,
Kolonel Mohd. Sakri Husin dan atlet paralimpiad, Mohd. Azlan Mat Lazim.
Menurut
Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman Mustapha, pemilihan tokoh
tersebut dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di
peringkat nasional dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.
Semoga
anugerah ini memberi lonjakan dan rangsangan kepada kerja-kerja
pembelaan umat sejagat yang dijalankan oleh IKRAM melalui MyCARE,
insyaa-Allah.
Sumber:
No comments:
Post a Comment