CYBERJAYA
- Pelancaran ‘1 Billion Dollar Donation Campaign to Rebuild Gaza’ telah
disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Shaftbury Asteria
Cyberjaya, iTech Tower di sini.
Beliau
turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang dalam kempen ini untuk
membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
Kempen
antarabangsa ini mensasarkan untuk membina semula 10,604 buah rumah, 24
buah hospital, 188 buah sekolah dan 134 buah masjid yang musnah akibat
serangan zionis Israel selama 52 hari semasa Ramadan tahun lalu.
Serangan
ini turut mengorbankan 2,000 nyawa dan mengakibatkan hampir 460,000
rakyat Gaza kehilangan tempat berteduh dan tinggal dalam kem pelarian
atau tempat perlindungan sementara.
Turut
hadir menyaksikan pelancaran Pengerusi The Arab and International
Commission to Build Gaza, Wael As-Saqa, Presiden Malaysian Society for
Engineering and Technology (MySET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali
dan Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi
Mohd Noor.
Kempen
ini diadakan bersempena dengan persidangan sehari ‘International
Conference on Reconstruction of Gaza’ anjuran The Arab and International
Commission to Build Gaza, MySET dan Aqsa Syarif, sebuah agensi Palestin
di bawah MyCARE.
Bagi
tujuan tersebut, Aqsa Syarif turut menyalurkan sumbangan rakyat
Malaysia berjumlah RM1 juta, Pakistan Engineering Council menyumbang
sebanyak USD10,000, Qastra Millenia menyumbang sebanyak RM8,800 dan
Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menyalurkan sumbangan berjumlah
USD150,000.
MyCARE terus membuka peluang bagi rakyat Malaysia menyumbang untuk Palestin melalui akaun [Maybank Islamic Berhad - 5515 7500 4299], [CIMB Islamic Bank Berhad - 8602 135 592] dan [Bank Islam Malaysia Berhad - 1209 2010 0349 04] atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD.
Bagi
mendapatkan resit (atas permintaan) atau pengesahan sumbangan,
hantarkan maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat
dan e-mel), bukti transaksi (slip bank atau tarikh, masa, bank dan
jumlah sumbangan) dan nyatakan destinasi negara (Palestin, Syria, Iraq,
Myanmar, Kemboja dan lain-lain) ke
account@mycare.org.my atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja).
Pengesahan
sumbangan akan diterima melalui sms atau e-mel. Semua sumbangan yang
tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah.
No comments:
Post a Comment