Perutusan Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Januari 2015 bersamaan 4 Rabiulakhir 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Januari 2015 bersamaan 4 Rabiulakhir 1436H
Pemergian Syeikh Jum'ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan rasa sedih dan dukacita dengan
pemergian Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin Abdul
Aziz, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Januari 2015 di Kota
London.
IKRAM
mengucapkan takziah kepada pimpinan Ikhwan Muslimin dan keluarga Syeikh
Jum'ah Amin. Syeikh Jum'ah Amin pernah melawat Malaysia selepas
kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.
Foto: Lawatan Syeikh Jum'ah Amin di Al-Amin Gombak dan Hira' Jeram serta ceramah di UPM
Beberapa
ceramah telah diadakan semasa lawatan tersebut. Antara kemuncaknya
adalah perasmian surau Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak yang surau itu
kemudiannya diberi nama Surau Syeikh Jum'ah Amin.
Syeikh Jum'ah Amin adalah antara generasi awal Ikhwan yang sempat bersama dengan pengasasnya Imam Hassan Al Banna.
Pemergian
beliau merupakan kehilangan kepada dunia khususnya umat Islam yang
masih banyak perlukan pengalaman dan tunjuk ajar beliau. Moga rohnya
ditempatkan bersama para syuhada' dan solehin.
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment