
Ir Jamaluddin Bin Abdullah

"Semoga ia lebih baik lagi"
Peristiwa banjir baru-baru ni adalah bencana alam yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Saya berpeluang menyertai sukarelawan i-Bantu ke Kampung Guchil, Kuala Krai selepas air banjir surut.
Setibanya di sana misi membantu terencat separuh kerana disebabkan
tiada bekalan air, kerja mencuci dan membersih rumah tidak dapat
dilaksanakan. Namun, i-Bantu Pulau Pinang dengan koordinasi i-Bantu
Kelantan, sedikit sebanyak dapat menggerakkan bantuan menghantar
barang-barangan ke kampung yang memerlukan.
Hasrat menghilangkan
keperitan penduduk kampung juga tidaklah tercapai sepenuhnya kerana
barang pakaian yang banyak dibawa bersama tidak dikehendaki lagi. Malah
banyak timbunan pakaian yang berlonggok-longgok di tepian jalan dan di
pusat bantuan. Namun apabila pasukan i-Bantu menerobos ke kawasan
kampung tepi sungai ternyata sedikit sebanyak barangan bantuan dapat
diagihkan dan diterima baik.
Persoalan timbul di sini, adakah
kita semata-mata ke Kuala Kerai untuk menghabiskan barang-barang atau
membantu mangsa? Sudah tentu tidak mahu menjadi 'disaster tourist'
dengan merekodkan foto-foto selfie bersama rakan sukarelawan lepas itu
pulang dengan gembira.
Saya dapati koordinasi antara NGO-NGO pun
tidak ketara. Kita memberi bantuan ke kampung pendalaman hanya
berpandukan informasi wakil-wakil orang tempatan sahaja. Sepatutnya satu
badan berwajib seperti Majlis Daerah atau Pejabat Pegawai Daerah
bertindak menyelaraskan kerja-kerja agihan bantuan.
Banyak
pasukan NGO dan badan sukarelawan yang tidak berbincang sesama lain.
Masing-masing gah dengan kenderaan pacuan 4-roda dengan barangan yang
penuh dan bendera pertubuhan mereka. Yang terus merana ialah mangsa
banjir yang terus meminta dapur masak, kain sarung, selimut dan rumah
tempat berteduh.
Namun pujian harus diberi kerana ada sebahagian
yang turun menziarahi mangsa, memberi nasihat kaunseling disamping
melahirkan rasa empati. Kita perlu mahir dalam skil ini. Kita perlu juga
menyantuni mereka dalam fasa pasca banjir. Projek satu usrah satu
keluarga mangsa, pakej 'back to school', pakej kaunseling dan pakej
dapur adalah cadangan yang baik.
Sesungguhnya, musibah banjir
banyak memberi peluang kita beramal, buktikan bahawa IKRAM bukan sekadar
membantu umat di luar negeri tapi juga kita prihatin terhadap
kesengsaraan umat di tanahair kita. Dakwah kita bernafas panjang, usaha
kita tidak terhenti di sini sahaja.
Marilah kita pertingkatkan
amal, infaq jiwa dan harta bersungguh-sungguh dan bekerja dengan ihsan.
Inilah perniagaan kita dengan Allah. Akhirnya Allah akan permudahkan
urusan di dunia dan perluaskan rahmatNya ke syurga.
Firman Allah,
"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa."
"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa."
Surah al-Lail : 4 - 11
Sekian. Wassalamu'alaikum.
Ir Jamaluddin Bin Abdullah
YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment