Friday, 27 February 2015

| BERITA | Akhbar the Sun Daily: Coalition of NGOs urges KPWKM to conduct study in helping single mothers - Wanita IKRAM antara tonggak kesatuan NGOs yang terlibat

 
Coalition of NGOs urges KPWKM to conduct study in helping single mothers

25 February 2015, PUTRAJAYA - A coalition of NGOs is seeking a dialogue with the Ministry of Women, Family and Community Development to find solutions to improve the socio-economic situation of single mothers in the country.


Veronica Anne Retnam, coordinator of the Single Mothers' Friends network (JRIT) said single mothers face serious socio-economic pressures. "Based on the Residential and Housing Census 2010, more than 830,000 families (approximately 15% of Malaysian households) are headed by women," she said, stating that this was a probable indication of entrenched poverty.


Veronica listed six primary difficulties faced by this group: low income, unaffordable housing, lack of childcare assistance, transportation, the health of single mothers and insufficient assistance rendered by the Social Welfare Department. She was speaking to reporters at the lobby of the Women, Family and Community Development Ministry here yesterday, where a memorandum was submitted by JRIT to an official from the ministry.


Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, who heads Ikram Foundation's women's wing, detailed one proposal by the group as an example. "A nationwide database would go a long way in helping single mothers. Currently NGOs function as intermediaries between them and the authorities."

Saturday, 21 February 2015

Thursday, 19 February 2015

| MINDA PIMPINAN | Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF)



Hidayah Centre Foundation (HCF) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah (Gong Xi) dan Xin Nien Kuai Le (Selamat Tahun baru) kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua.

HCF ingin menyampaikan harapan kepada masyarakat Tionghua di Malaysia agar dikurniakan Allah dengan petunjuk hidayah dan memperolehi kebahagian, dan kejayaan berpanjangan.

Kepada saudara Muslim dikalangan masyarakat Tionghua, HCF mengucapkan selamat menyantuni keluarga anda semua. Islam menasihatkan kepada anak-anak untuk menghormati ibubapa dan mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga walaupun berlainan agama. Para saudara Muslim dinasihatkan melaksanakan tanggungjawab berbakti kepada ibubapa dan menggembirakan mereka.

Di antara ajaran Nabi Muhammad SAW adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Oleh itu, hubungan harmoni dengan rakan dan kawan apatah lagi dengan sanak-saudara perlu dikekalkan dan disuburkan. 

Pada masa yang sama HCF ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha mengekalkan suasana tenang, harmoni, aman dan damai yang sedang kita kecapi bersama di bumi Malaysia tercinta ini. 

Xin Nien Kuai Le.
Wassalamualaikum warhmatullah dan salam sejahtera.


Hj Nicholas Sylvester
Pengerusi HCF

Sunday, 15 February 2015

| BERITA | Berita bergambar: Program Jom Gembirakan Pesakit@Lawatan Hospital IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah, 14 Februari 2015


 
15 Februari 2015, Seberang Jaya - Program Jom Gembirakan Pesakit@Lawatan Hospital IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah berjaya diadakan semalam melibatkan aktivis IKRAM dengan kerjasama pihak Hospital Seberang Jaya.

Seusai taklimat umum daripada pihak Hospital Seberang Jaya dan pengelola program IKRAM Seberang Perai Tengah, kesemua sukarelawan bergerak menziarahi para pesakit di wad-wad terpilih.


Bahan bercetak "Panduan Bertayammum dan Solat Ketika Sakit" telah diedarkan kepada pesakit beragama Islam untuk manafaat bersama. Bahan-bahan umum berkenaan Islam turut diedarkan kepada semua pesakit Muslim dan bukan Muslim.

Saturday, 14 February 2015

| BERITA | Majlis Iftar IKRAM Daerah Barat Daya


Majlis Iftar IKRAM Daerah Barat Daya telah selamat dijayakan sekali lagi pada 12 Februari 2015 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan bersama-sama pelajar institusi ini.

| PETIKAN MOTIVASI IKRAM | Syeikh Jum'ah Amin


| KENYATAAN MEDIA | Pemergian Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz: IKRAM Ucap Takziah

Thursday, 12 February 2015 23:14 
 

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
 
13 Februari 2015 bersamaan 23 Rabiulakhir 1436H

PEMERGIAN TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ: IKRAM UCAP TAKZIAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada isteri serta keluarga Almarhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian suami dan ayahanda tercinta ke rahmatullah pada malam tadi, 12 Februari 2015.

IKRAM juga mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Presiden, pimpinan dan ahli-ahli PAS atas kehilangan Mursyidul Am PAS yang telah banyak berjasa.

Negara dan umat kehilangan seorang ulama besar dan pemimpin politik yang telah banyak memainkan peranan bagi membangunkan Islam serta politik yang matang di negara ini.

Ketabahannya melalui pelbagai zaman sepanjang sejarah hidupnya telah membuktikan bahawa almarhum seorang yang istiqamah dalam perjuangan bagi menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan.

Ketabahannya melalui pelbagai ujian sepanjang memerintah negeri Kelantan selama lebih dua puluh tahun menginsafkan kita tentang kecekalan seorang Menteri Besar dalam mengharungi pelbagai fitnah dan ujian.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala merahmati rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada' dan solehin.

Saya sendiri, bersama-sama pimpinan IKRAM Kelantan, akan mewakili IKRAM bagi menghadiri solat jenazah dan majlis pengkebumian di Kelantan pada pagi ini, insyaAllah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM


Friday, 13 February 2015

| KENYATAAN MEDIA | IKRAM simpati nasib DSAI dan keluarga

Thursday, 12 February 2015 07:56 
 

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
 
12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERKENAAN RAYUAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Pertubuhan IKRAM  Malaysia (IKRAM) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKRAM bersama rakyat Malaysia merakamkan rasa simpati ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap isteri beliau Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan seluruh keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.

IKRAM berharap rakyat akan bersabar dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

IKRAM ingin memperingatkan bahawa segala kebenaran akan digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala di Mahkamah Agung-Nya di mana tiada apa yang boleh disembunyikan.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

| BERITA | Hidayah Centre jawab polemik ‘I Am Muslim, I Love Hindus’ ketika perayaan Thaipusam

 

KUALA LUMPUR - Umat Islam tidak sepatutnya hadir ke perayaan keagamaan seperti Sambutan Thaipusam untuk mengelakkan fitnah, menurut Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Nicholas Sylvester mengulas kehadiran beberapa orang Islam ke perayaan tersebut untuk menunjukkan kasih sayang kepada penganut agama Hindu baru-baru ini.

“Sambutan Thaipusam dalam konteks Malaysia adalah perayaan keagamaan, maka aktiviti-aktiviti tersebut tidak sepatutnya dilakukan di tempat dan masa tersebut kerana ia bertentangan dengan garis panduan yang dikeluarkan hasil Muzakarah Jawatankuasa  Majlis Fatwa Kebangsaa, Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005,” jelasnya dalam satu kenyataan HCF.

Thursday, 12 February 2015

| CATATAN SEORANG PERINDU | Tuan Guru Nik Aziz, Hasan Al-Banna, Datuk Hasbullah Awang


Tuan Guru Nik Aziz - Semasa hayatnya dipulau media, kini pujian mengisi ruang berita. Aduhai media, biarlah hipokrit bahasa indahmu tidak mengapa, asal terubat rindu semua.

Mulut nakal ini pernah mentertawa, hampir mencerca. Sungguh aku insan biasa, mudah tertipu mendengar kata-kata. Sehinggalah mata hati mula terbuka, naluri pula turut bersuara. Baru ku sedar dia tidak seperti ku sangka.

Innalillahiwainnailayhiroji'un.. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu wahai Tuan Guru...


Juga buat 'perwira sukan negara' Allahyarham Datuk Hasbullah Awang... Celoteh, gayamu penghidup suasana. Jenaka, usikmu pasti terus bergema. Berehatlah wahai LAGENDA...


Terima kasih Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kerana mengizinkan aku mengkagumi perjuangan Hasan Al-Banna. Dia insan hebat. Apa yang diwariskan juga hebat. Dunia telah menyaksikannya. Terima kasih, Ya Allah......

Catatan Seorang Perindu,

Syalina Ahmad
12 Feb 2015
11.52 p.m.

Tuesday, 10 February 2015

| BERITA | Halaqah Al-Hidayah (Sirah Nabawiyah), IKRAM Daerah Timur Laut


| BERITA | Kursus Kemahiran Media IKRAM (KEMI): Jurnalisme Video


Jom sertai Kursus Jurnalisme Video anjuran IKRAMedia!
Hubungi Saudara Hafizuddin 019-962 4134

| BERITA | Kempen Tutup Aurat Jauhi Maksiat Hindari Hari Kekasih, 14 Februari 2015



Jom Sertai Street Dakwah!
#GerakanMenutupAurat

| BERITA | Dakwah Itu Mudah Siri 2


| BERITA | IKRAM-MUSLEH bantu bina sistem pentaksiran pelajar di Brunei


 
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Puan Hajjah Kamaliah Noordin
6 Februari, SERI KEMBANGAN - Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke sekolah IKRAM-MUSLEH adalah lanjutan daripada mereka melantik IKRAM-MUSLEH sebagai konsultan untuk membina sistem pentaksiran pelajar di sana, menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Puan Hajjah Kamaliah Noordin. 

“Jadi, saya dan Dr Azma mewakili IKRAM-MUSLEH sudah pergi ke sana pada tahun lepas untuk bina item dan instrumen untuk mereka guna di sana,” jelas beliau semasa lawatan kementerian tersebut di Pejabat IKRAM-MUSLEH di sini pada Selasa lalu.

| BERITA | Kagum sistem pentaksiran pelajar IKRAM-MUSLEH berasaskan penghayatan.


9 Februari, KUALA SELANGOR - Pihak delegasi Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam yang turut disertai pegawai Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melahirkan rasa kagum dengan sistem pentaksiran pelajar IKRAM-MUSLEH yang berasaskan penghayatan.

Puan Hajijah Haji Moktal, Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Profesional Jabatan Pengajian Islam berkata, sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH lebih menekankan kepada penghayatan agama di samping penilaian terhadap akademik.

“Itulah sebenarnya yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan Islam sebenarnya, penghayatan kepada agama itu,” jelasnya semasa melawat Sekolah Menengah Islam Hira’ pada Rabu 4 Februari lalu di sini.

Monday, 9 February 2015

| BERITA | Iftar Jamaie IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah

Iftar jamaie IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah berlangsung di pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang bermula pada pukul 6.45 sehingga pukul 9.00 malam pada hari Khamis, 5 Februari 2015 yang lalu.

| BERITA | Majlis perjumpaan bulanan (Multaqa Syahri IKRAM) ahli IKRAM Daerah Seberang Perai Utara (SPU)



Pada 4 Februari 2015, Rabu malam telah diadakan majlis perjumpaan bulanan (Multaqa Syahri IKRAM; MSI) ahli IKRAM Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bertempat di Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART).

| HEBAHAN | Penggunaan kupon parking di tempat letak kereta hadapan Pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang




Sila ambil maklum bahawa penggunaan kupon parking di tempat letak kereta hadapan Pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang adalah suatu KEMESTIAN pada hari dan tempoh tertentu (Mohon rujuk papan kenyataan berdekatan).

Pihak penguasa Majlis Perbandaran Seberang Perai kerap melakukan rondaan semasa. 

Pastikan anda mengambil tindakan sewajarnya dari dikenakan saman!

Tuesday, 3 February 2015

| BERITA | Misi ke-3 i-Bantu Pulau Pinang: Bantuan Pasca Banjir ke Kuala Krai, Kelantan


Pada 31 Januari 2015, Sabtu yang lalu telah dilaksanakan misi ke 3 i-Bantu Negeri Pulau Pinang: Bantuan Pasca Banjir ke Kg Guchil, Kuala Krai, Kelantan.

Program ini yang diketuai oleh Saudara Zabri dan turut disertai oleh Saudara Hamizat selaku Pengarah Misi mempunyai kekuatan 7 orang ahli i-Bantu IKRAM Negeri Pulau Pinang dan 80 orang sukarelawan Motorola.

| HEBAHAN | Kelas Iqra', Al-Quran / Tajwid, Bahasa Arab, Hokkien, Tuisyen PT3: Matematik di SRI Amal Rintis


Siri kelas yang akan bermula pada Februari 2015 di SRI Amal Rintis dengan kerjasama Pusat Akademi Al-Ikhwan (belakang Imigresen Sbrg Jaya):

a. Kelas Bahasa Arab
Bermula 12 Januari 2015 untuk dewasa (lelaki dan wanita)
Setiap Khamis, minggu 2, 3 & 4 pada jam 6.30 - 8.30 malam
Yuran RM50 + Pendaftaran RM10
Pengajar: Ustaz Soid Md Amin