Thursday, 12 February 2015 07:56
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H
KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERKENAAN RAYUAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah
Persekutuan berkenaan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
IKRAM
bersama rakyat Malaysia merakamkan rasa simpati ke atas Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan berharap isteri beliau Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail, anak-anak dan seluruh keluarga tabah dalam menghadapi dugaan
ini.
IKRAM berharap rakyat akan bersabar dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
IKRAM
ingin memperingatkan bahawa segala kebenaran akan digambarkan oleh
Allah Subhanahu wa Taala di Mahkamah Agung-Nya di mana tiada apa yang
boleh disembunyikan.
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
No comments:
Post a Comment