Thursday, 12 February 2015 23:14
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
13 Februari 2015 bersamaan 23 Rabiulakhir 1436H
PEMERGIAN TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ: IKRAM UCAP TAKZIAH
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada
isteri serta keluarga Almarhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat atas pemergian suami dan ayahanda tercinta ke rahmatullah
pada malam tadi, 12 Februari 2015.
IKRAM
juga mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Presiden, pimpinan dan
ahli-ahli PAS atas kehilangan Mursyidul Am PAS yang telah banyak
berjasa.
Negara
dan umat kehilangan seorang ulama besar dan pemimpin politik yang telah
banyak memainkan peranan bagi membangunkan Islam serta politik yang
matang di negara ini.
Ketabahannya
melalui pelbagai zaman sepanjang sejarah hidupnya telah membuktikan
bahawa almarhum seorang yang istiqamah dalam perjuangan bagi menegakkan
Islam, kebenaran dan keadilan.
Ketabahannya
melalui pelbagai ujian sepanjang memerintah negeri Kelantan selama
lebih dua puluh tahun menginsafkan kita tentang kecekalan seorang
Menteri Besar dalam mengharungi pelbagai fitnah dan ujian.
Semoga Allah Subhanahu wa Taala merahmati rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada' dan solehin.
Saya
sendiri, bersama-sama pimpinan IKRAM Kelantan, akan mewakili IKRAM bagi
menghadiri solat jenazah dan majlis pengkebumian di Kelantan pada pagi
ini, insyaAllah.
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
No comments:
Post a Comment