| Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Puan Hajjah Kamaliah Noordin |
6 Februari, SERI
KEMBANGAN - Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke sekolah
IKRAM-MUSLEH adalah lanjutan daripada mereka melantik IKRAM-MUSLEH
sebagai konsultan untuk membina sistem pentaksiran pelajar di sana,
menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Puan Hajjah Kamaliah Noordin.
“Jadi,
saya dan Dr Azma mewakili IKRAM-MUSLEH sudah pergi ke sana pada tahun
lepas untuk bina item dan instrumen untuk mereka guna di sana,” jelas
beliau semasa lawatan kementerian tersebut di Pejabat IKRAM-MUSLEH di
sini pada Selasa lalu.
Menurut
Kamaliah lagi, fasa pertama pembinaan sistem pentaksiran sudah selesai
di mana instrumen sudah dibina dan projek rintis telah dilakukan di
sana.
“Hasil
projek rintis itu mereka bawa bersama pada kali ini, tetapi di samping
itu mereka hendak datang juga untuk tengok bagaimana kita
melaksanakannya di sekolah-sekolah kita,” katanya.
Tambah
Kamaliah, IKRAM-MUSLEH membantu membina item pentaksiran untuk
kementerian tersebut untuk memenuhi falsafah dan matlamat pendidikan
Brunei Darussalam tetapi kaedah pentaksiran yang digunakan adalah sama
dengan IKRAM-MUSLEH gunakan di sekolah-sekolah rangkaiannya.
| Lawatan di Pejabat IKRAM-MUSLEH |
| Lawatan di Sekolah Islam Hidayah |
“Alhamdulillah,
setakat ini, mereka sangat memberi keyakinan kepada kita, apabila kita
bina dan tunjuk kepada mereka bagaimana cara melaksanakannya, adalah
sesuatu yang baru bagi mereka.
Ini adalah pentaksiran berterusan untuk membina, membangunkan nilai-nilai dalam diri seseorang pelajar,” ujarnya.
Jelasnya
lagi, kaedah pentaksiran pelajar ini tidak pernah lagi dilaksanakan di
Brunei dan Kementerian Pendidikan negara itu sangat teruja untuk
IKRAM-MUSLEH berkongsi dengan pihak mereka di sana.
Dalam
lawatan ini, Kementerian Pendidikan Brunei turut menjemput pegawai
daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei yang menaungi
sekolah-sekolah agama di sana.
“Apabila
saya pergi ke sana nanti, mereka ingin juga saya berkongsi dengan
kementerian mereka untuk lihat samada ia boleh dilaksanakan di
sekolah-sekolah agama mereka di sana juga,” tambah Kamaliah yang akan
berbengkel di Brunei sekitar April nanti.
| Mohd Syahir Ismail Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) |
Turut hadir menyambut delegasi Brunei di Pejabat IKRAM-MUSLEH adalah Sdr Mohd Syahir Ismail (gambar kanan),
Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MGBSIM)
yang juga Pengetua Sekolah Menengah Al-Azhar, Jitra, Kedah.
Beliau
membentangkan perjalanan dan peranan yang dimainkan MGBSIM dalam
melancarkan pengoperasian pendidikan sekolah-sekolah rangkaian
IKRAM-MUSLEH melalui perbincangan, penyelesaian isu sekolah dan pelbagai
aktiviti bersama.
“Mereka
dapat mengambil beberapa maklumat dan beberapa tindakan yang mungkin
mereka boleh bawa balik ke Brunei nanti untuk memperkemaskan dari segi
badan ataupun gabungan institusi pendidikan yang boleh bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan Brunei sendiri,” jelas Syahir.
Lawatan
lima hari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke Malaysia adalah
rangka meninjau keberkesanan sistem pentaksiran pelajar yang
dilaksanakan di beberapa sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH iaitu
Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram dan
Sekolah Islam Hidayah di Johor Bahru.
Lagi berita lawatan: http://bit.ly/1xy41Js
No comments:
Post a Comment