Pada 31 Januari 2015, Sabtu yang lalu telah dilaksanakan misi ke 3 i-Bantu Negeri Pulau Pinang: Bantuan Pasca Banjir ke Kg Guchil, Kuala Krai, Kelantan.
Saudara Nasri selaku setiausaha dan pegawai perhubungan misi, turut sama berganding bahu bersama Saudara Fairus dan Saudara Nuaim yang bertanggungjawab menguruskan urusan logistik bagi memastikan kelancaran misi kali ini.
Aktivis IKRAMHealth Pulau Pinang, Dr Iman dan Saudara Taufik turut menyumbang kepakaran menyantuni penduduk kampung ini.
Pelbagai bentuk sumbangan telah diterima. Antaranya wang tunai sejumlah RM8000 sumbangan i-Bantu Pulau Pinang, wang tunai RM10300 sumbangan kakitangan Motorola (RM2000 diagihkan terus kepada keluarga mangsa manakala baki RM8300 diserahkan kepada Penempatan Sementara Sakinah i-Bantu Kelantan), 40 helai selimut, 50 kitab Yaasiin dan 10 buah Al-Quran yang telah diserahkan Penempatan Sementara Sakinah i-Bantu Kelantan.
Para sukarelawan telah berjaya melaksanakan kerja pembersihan 11 buat rumah mangsa sekitar Kg Guchil, dan 3 buah rumah di bandar Kuala Krai.
Sepanjang misi ke 3 ini, para sukarelawan berpusat di Penempatan Sementara Sakinah i-Bantu Kelantan yang didirikan di padang Sek Keb Banggol Guchil, Guchil 3.
Keperluan makan pagi, tengahari, petang para sukarelawan telah disediakan oleh pihak i-Bantu Kelantan dgn kerjasama aktivis sukarelawan Universiti Fatoni, Thailand.
Majlis Penutupan Misi telah dilaksanakan pada jam 6.30 petang di Pusat Penempatan Sakinah oleh Dr Wan Adam.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat. In shaa Allah, semoga usaha dan amalan ini akan menjadi hujah amal sukarelawan ini di hadapan Allah nanti..😊
Majlis Penutupan Misi telah dilaksanakan pada jam 6.30 petang di Pusat Penempatan Sakinah oleh Dr Wan Adam.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat. In shaa Allah, semoga usaha dan amalan ini akan menjadi hujah amal sukarelawan ini di hadapan Allah nanti..😊
Sumber berita diterima daripada Abu Hana, Setiausaha i-Bantu IKRAM Pulau Pinang.










No comments:
Post a Comment