Tuan Guru Nik Aziz -
Semasa hayatnya dipulau media, kini pujian mengisi ruang berita. Aduhai
media, biarlah hipokrit bahasa indahmu tidak mengapa, asal terubat
rindu semua.
Mulut nakal ini pernah mentertawa, hampir mencerca. Sungguh aku insan biasa, mudah tertipu mendengar kata-kata. Sehinggalah mata hati mula terbuka, naluri pula turut bersuara. Baru ku sedar dia tidak seperti ku sangka.
Innalillahiwainnailayhiroji'un.. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu wahai Tuan Guru...

Juga buat 'perwira sukan negara' Allahyarham Datuk Hasbullah Awang... Celoteh, gayamu penghidup suasana. Jenaka, usikmu pasti terus bergema. Berehatlah wahai LAGENDA...
Terima kasih Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kerana mengizinkan aku mengkagumi perjuangan Hasan Al-Banna. Dia insan hebat. Apa yang diwariskan juga hebat. Dunia telah menyaksikannya. Terima kasih, Ya Allah......
Catatan Seorang Perindu,
Catatan Seorang Perindu,
Syalina Ahmad
12 Feb 2015
11.52 p.m.

No comments:
Post a Comment