Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 September 2016 bersamaan 3 Zulhijjah 1437H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 September 2016 bersamaan 3 Zulhijjah 1437H
IKRAM KECAM PEMBUNUHAN PEMIMPIN JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
mengutuk sekeras-kerasnya hukuman gantung oleh kerajaan Bangladesh ke
atas pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh, Mir Quasem Ali, 63.
Beliau telah dijatuhkan hukuman mati
pada 2 November 2014 atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang
kononnya dilakukan semasa Perang Kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971.
Kesemua tuduhan telah dinafikan oleh
keluarga beliau malah mereka telah mengaitkan tuduhan tersebut dengan
politik. Beliau telah digantung pada Sabtu petang, 3 September 2016 di
sebuah penjara yang dikawal rapi di luar Dhaka.
Mir Quasem Ali adalah merupakan
seorang hartawan Bangladesh. Beliau merupakan bekas pengarah Islami Bank
Bangladesh dan Pengerusi Diganta Media Corporation, yang memiliki
Diganta TV. Beliau juga pengasas Yayasan Ibn Sina dan salah seorang
pengasas NGO Rabita al-Alam al Islami.
Mir Quasem Ali juga telah menubuhkan
15 buah hospital, 10 buah sekolah dan membantu membina beberapa pusat
anak-anak yatim, rumah perlindungan wanita, pusat perubatan percuma
serta masjid.
IKRAM juga turut mendoakan agar agar
Allah SWT memberikan keselamatan kepada semua pendakwah di mana-mana
sahaja di seluruh dunia.
Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
[English Version]
IKRAM DENOUNCES THE DEATH SENTENCE OF A LEADER OF JAMAAT-E-ISLAMI
IKRAM condemns the death sentence
carried out by the government of Bangladesh on the leader of the
Bangladeshi Jamaat-e-Islami, Mir Quasem Ali, 63.
He was sentenced to death on 2nd
November 2014 for alleged crimes against humanity committed during the
Liberation War of Bangladesh in 1971.
All charges were denied by his family,
stating they were politically motivated. He was hanged at a
high-security prison outside Dhaka on Saturday evening, 3rd September
2016.
Mir Quasem Ali, was a Bangladeshi
tycoon, the former director of Islami Bank Bangladesh and chairman of
the Diganta Media Corporation, which owns Diganta TV. He founded the Ibn
Sina Trust and was a key figure in the establishment of NGO Rabita
al-Alam al Islami.
Mir Quasem Ali was also the founder of
more than 15 hospitals, 10 schools and helped build many orphanages,
women shelter and rehabilitation centres, free medical centers and
mosques.
IKRAM also prays for the safety of all
callers of truth throughout the entire world in their endeavours to
uphold justice wherever they are.
Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sumber: http://ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/3019-ikram-kecam-pembunuhan-pemimpin-jamaat-e-islami-bangladesh.html
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sumber: http://ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/3019-ikram-kecam-pembunuhan-pemimpin-jamaat-e-islami-bangladesh.html

No comments:
Post a Comment