Showing posts with label IKRAM-MUSLEH. Show all posts
Showing posts with label IKRAM-MUSLEH. Show all posts

Thursday, 24 May 2018

| HEBAHAN | Jom berwaqaf! Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang


JOM BERWAKAF!
Bersebelahan Tanah sek. Men. Al-Itqan
½ kaki: RM40
1 kaki: RM80


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Dana kami di talian 04 649 1158 (Hasyyaty)

Saturday, 27 August 2016

| KENYATAAN MEDIA | Percambahan Pusat Tahfiz Sesuatu Yang Dialu-alukan Tetapi Perlu Dikawal Selia


Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
27 Ogos 2016 bersamaan 24 Zulkaedah 1437H

PERCAMBAHAN PUSAT TAHFIZ SESUATU YANG DIALU-ALUKAN TETAPI PERLU DIKAWAL SELIA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius beberapa insiden yang dilaporkan yang melibatkan pusat tahfiz baru-baru ini. Ini termasuk kes guru yang dilaporkan membelasah pelajar di Sungai Petani, kebakaran madrasah tahfiz di Sabak Bernam dan Tawau serta isu mutakhir yang melibatkan dakwaan penderaan seksual terhadap pelajar di sebuah pusat tahfiz di Ipoh.

IKRAM berpandangan penubuhan pusat-pusat tahfiz di serata pelosok negara mencerminkan satu trend yang baik dari segi kesedaran ibu-bapa tentang peri pentingnya didikan agama. Permintaan dan harapan yang tinggi ini mendorong ramai pengusaha untuk menyediakan pusat-pusat tahfiz.

Walau bagaimana pun, IKRAM prihatin dengan kualiti dan standard yang disediakan oleh pusat-pusat tahfiz berkenaan.  Ini termasuk falsafah pendidikan yang dijadikan panduan, kelayakan kepimpinan dan pendidik, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan dan pentadbiran, standard prasarana dan infrastruktur, kaedah pengajaran dan pembelajaran, ciri keselamatan asrama dan seumpamanya.

IKRAM menggesa pihak kerajaan menyediakan satu sistem kawal selia dan jaminan kualiti untuk meningkatkan kualiti dan standard dalam bidang-bidang berkenaan. Satu garis panduan perlu digubal bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.

IKRAM bersedia berkongsi pengalaman dalam mengendalikan lebih 40 buah sekolah rendah dan menengah Islam serta maahad tahfiz di seluruh negara.

Prof. Dr. Omar bin Yaakob

Thursday, 4 August 2016

| HEBAHAN | DIBUKA SEKARANG! Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1, 2 dan 4 ke Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang bagi sesi 2017.


Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2017 Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang dibuka sekarang.

Layari http://alitqan.edu.my/permohonan-smi/ bagi pendaftaran secara atas talian (online).

Aliran yang disediakan:
Tingkatan 1 sehingga 3: Mata Pelajaran Akademik dan Mata Pelajaran Diniah (Agama)
Tingkatan 4 dan 5: Aliran Sains Tulen / Sains Iktisas / Sains Sosial

Tarikh tutup permohonan:
a. TINGKATAN 1: 7 hari selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan.
b. TINGKATAN 2 dan 4: 1 Oktober 2016

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Sekolah Menengah Al-Itqan 04-649 5644 atau lawati website PPAIQ http://alitqan.edu.my

Thursday, 7 July 2016

| HEBAHAN | Jualan Meja dan Kerusi Majlis Makan Malam Itqan kali ke 3 pada 16 Julai 2016


Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Itqan kali ke-3 pada Sabtu, 16hb Julai 2016 (11 Syawal 1437) di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas dari jam 8.00 malam sehingga jam 11.00 malam.
 
Majlis ini bertujuan untuk:
(1) Menjana dana bagi pengoperasian PPAIQ
(2) Membina hubungan dengan masyarakat luar
(3) Meraikan pelajar yang mewakili Sekolah Rendah Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan ke Karnival Ko-Kurikulum Majlis Guru Besar Sekolah IKRAM MUSLEH (MGBSIM) 2016

Nilai jualan kerusi ialah RM100, RM150 atau RM200 sepertimana dimaklumkan dalam kupon jualan yang dilampirkan.


Segala sumbangan layak mendapat pelepasan cukai : LHDN 01/35/42/51/179-6.5651.

Boleh bank-in duit ke akaun ini:
BANK ISLAM 07034010028591 SEKOLAH RENDAH AL-ITQAN
 
Sila maklumkan pembelian kerusi/meja/sumbangan ikhlas serta kehadiran anda kepada:
019 – 411 9554 (Pn. Nurmasyithah)
011-112 02943 ( Cik Syafiqah)
04-649 1158 (Pejabat)

Terima kasih atas sokongan anda.

Friday, 1 July 2016

| BERITA | Single "Jangan Menghina" oleh Inteam dan Alif Satar telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Tadika Amal Rintis dan Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR)



Single "Jangan Menghina" istimewa daripada Inteam & Alif Satar. Turut menampilkan Nocturnal Voice sebagai artis jemputan.

Sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Ahmadi Hassan, kini diberi susunan baru.


"Jangan Menghina" telah mendapat sokongan & kerjasama daripada Tadika Amal Rintis & Sekolah Rendah Islam Amal Rintis.

Dengarkan secara digital di Spotify, Deezer dan KKBox serta muat turun di iTunes!

iTunes: https://goo.gl/yYg6wm
Spotify: https://goo.gl/LSPqbJ
Deezer: http://goo.gl/BavwU4

** Muzik latar: "Tahmid Lebaran" (Inteam Records).

Saturday, 11 June 2016

| BERITA | Kenyataan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan Al-Itqan berhubung bantuan penuh bernilai RM 15 juta kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembinaan Pusat Pendidikan Al-Itqan


Rabu 8 Jun 2016 merupakan hari bersejarah kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan kerana pada hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng, mengumumkan bantuan penuh bernilai RM15 juta untuk membina lengkap Pusat Pendidikan Al-Itqan di atas tapak milik sekolah di Jalan Sepakat, off Jalan Kg Masjid, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Projek ini dijangka siap pada tahun 2018.

Pusat Pendidikan Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah dengan seramai 70 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, PulauPinang. Kini bilangan murid adalah 200 orang dengan 35 orang staf.

Kemudian, pada tahun 2008, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah berjaya ditubuhkan di tapak tanah kekal milik institusi ini. Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah telah didaftarkan sebagai Sekolah Rendah Al-Itqan. Sekolah menengah juga dijajarkan sebagai Sekolah Menengah Al-Itqan.
 
Dalam tahun kelapan operasi (2016) terdapat 70 orang murid dan 16 orang staf dan menawarkan aliran akaun dan sains. Sekolah menengah tidak mempunyai infra-struktur kekal kecuali bangunan sedia ada yang menempatkan pejabat dan kelas-kelas. Guru-guru dan staf sokongan ditempatkan di dalam 3 buah kabin (kontena), manakala bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik multimedia ditempatkan di dalam 2 buah kabin. Surau, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, kantin dan hostel pelajar asrama ditempatkan dalam struktur-struktur bangunan sementara. 

Wednesday, 8 June 2016

| BERITA | Pusat Pendidikan Al-Itqan menerima bantuan pembangunan sebanyak RM15 juta daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 
8 Jun 2016, Rabu - Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung majlis kenyataan media tentang bantuan pembangunan sebanyak RM15 juta daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) di Bangunan Komtar Pulau Pinang.

Dr Abdul Halim (kanan) dan Tuan Haji Yusoff (tengah) memberi penerangan tentang pelan pembangunan PPAIQ.

Pihak PPAIQ diwakili oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdul Aziz, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAIQ, dan Tuan Haji Yusoff Omar, Pengarah Eksekutif PPAIQ merangkap Ahli Lembaga Pengarah pada majlis ini.

Didoakan bantuan pembangunan ini menjadi pemangkin melonjakkan PPAIQ ke arah usaha menjadi pusat pendidikan pilihan pada tahun mendatang di Pulau Pinang.

Friday, 3 June 2016

| BERITA | Pelajar Sekolah Menengah Al-Itqan Johan Pidato Bahasa Melayu dan Tempat Ketiga Pidato Bahasa Arab dalam Karnival Ko-Kurikulum Majlis Guru Besar Sekolah IKRAM MUSLEH


Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Aina Afiqah bt Zainudin dan adik Maryam Sofea bt Farizal yang telah memenangi pertandingan Pidato Bahasa Melayu (Johan) dan Pidato Bahasa Arab (tempat ketiga) kategori Banat (pelajar perempuan) dalam Karnival Kokurikulum ke-7 Majlis Guru Besar Sekolah IKRAM MUSLEH (MGBSIM) di Sek Islam Hidayah pd 30-31 Mei 2016 baru-baru ini.

Monday, 18 January 2016

| KENYATAAN MEDIA | IKRAM alu-alukan Penubuhan Jawatankuasa Khas Kajian Novel Pantai Kasih



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
18 Januari 2016 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1437H 
IKRAM ALU-ALUKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS KAJIAN NOVEL PANTAI KASIH

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)  menyambut baik  langkah  Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan  unsur-unsur negatif yang terdapat di dalam novel Pantai Kasih yang digunakan sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Empat di beberapa negeri.

IKRAM turut merakamkan kebimbangan terhadap penggunaan novel ini. Walaupun ia membawa nilai kebaikan dari sudut kecekalan watak utama serta bertujuan memasukkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi, novel yang telah disunting dan diedarkan di sekolah-sekolah tetap mempunyai unsur-unsur tidak sihat, seperti budaya dan gaya hidup petugas hospital yang  tidak realistik serta penceritaan nafsu seksual yang keterlaluan. Perkara-perkara ini  tidak sesuai sebagai bahan pendidikan untuk remaja dalam kalangan umur Tingkatan Empat.  Kebanyakan guru tidak selesa menggunakan bahan berkenaan di dalam kelas.

IKRAM juga melahirkan kekesalan terhadap proses cadangan, penilaian dan pengesahan sesebuah buku teks yang tidak kelihatan efektif untuk  mengesan dan menapis unsur-unsur negatif di dalam buku ini dari awal lagi.  Pihak panel penilai perlu melihat kembali proses ini dan memperbaikinya agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Dengan ini IKRAM juga mendesak pihak-pihak bertanggung jawab dalam urusan ini agar  meletakkan kriteria pembangunan nilai, jati diri, akhlak dan adab dalam pemilihan bahan-bahan pendidikan. Buku teks dan bahan pendidikan haruslah mampu memupuk nilai-nilai mulia, keperibadian terpuji dan cara hidup yang sihat dan sejahtera seperti mana yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w., para sahabah dan orang-orang soleh.

Generasi ini merupakan generasi yang terdedah kepada pelbagai cabaran yang membawa kepada hedonisme dan merosakkan nilai serta jati diri. Justeru, bahan pendidikan formal harus mampu membantu para pelajar menghadapi  cabaran ini, agar mereka terbentuk menjadi peribadi-peribadi yang bersedia meneruskan pembangunan masyarakat dan negara.

Sehubungan itu,  novel ‘Pantai Kasih’ dan bahan sepertinya perlu ditarik balik dari teks sekolah dan diganti dengan bahan lain yang lebih sejahtera

Prof Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sunday, 13 September 2015

| BERITA | Projek pembangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang melangkah setapak lagi... penanaman cerucuk bangunan 5 tingkat pertama.


Penanaman cerucuk bangunan lima tingkat

13 September 2015, Teluk Kumbar - Alhamdulillah, sejak pelancaran semula kutipan dana pembangunan PPAIQ pada awal Jun 2015 yang lalu (klik sini untuk berita berkenaan), kerja pembinaan bangunan akademik 5 tingkat yang pertama Kompleks PPAIQ giat dilaksanakan.

Terkini, kerja-kerja penanaman cerucuk bangunan lima tingkat ini yang menelan belanja lebih kurang RM1.2 juta telah hampir ke penghujungnya. In shaa Allah, peringkat seterusnya ialah pembinaan bangunan ini yang dijangka mencecah kos sebanyak RM5 juta.

Tuesday, 14 July 2015

| BERITA | Berita bergambar: Aktiviti hayati Syawal di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Itqan, Teluk Kumbar, 14 Julai 2015


14 Julai 2015, Teluk Kumbar - Hari terakhir persekolahan di SRI Al-Itqan sebelum bercuti Hari Raya Aidil Fitri bermula esok. Moga anak-anak ini terbentuk dengan keperibadian Muslim mulia.

 

Saturday, 4 July 2015

| BERITA | Majlis Berbuka Puasa Amal STAIL/SMART 1436H/2015M, 3 Julai 2015




4 Julai 2015, Sabtu: Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Amal 2015 Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) dan Sek.Men.Arab Tahfiz (SMART) Tasek Gelugor telah berjaya dilaksanakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, SPU. Majlis bermula pada jam 5.30 petang semalam.

Dikongsikan berita bergambar majlis ini untuk tatapan umum.

| BERITA | Berita bergambar Majlis Iftar Perdana Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR), 27 Jun 2015


Pengarah Majlis Iftar

28 Jun 2015, Bukit Mertajam - Majlis Iftar Perdana Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam semalam.

Sekitar jam 6 petang, para hadirin mulai tiba memenuhi dewan. Tayangan montaj telah diadakan sebelum diteruskan dengan bacaan dan hafazan Al-Qur'an oleh murid SRIAR, dan diikuti dengan ucapan pengarah majlis iftar.


Antara tetamu yang hadir

Friday, 3 July 2015

| BERITA | Majlis Makan Malam Itqan, Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang memberi nafas baru ke arah usaha pengumpulan dana pembangunan Kompleks Pendidikan PPAIQ


Majlis Makan Malam Itqan telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Jun 2015 yang lalu di Dewan Mutiara, Tabung Haji Bayan Lepas.

Tuan Zulfahmi Omar bersama Tuan Hj.Taufek Abdul Rahman, ahli Lembaga Pengarah PPAIQ, dan Prof. Dr Mohd Roslan Hashim, Timbalan YDP IKRAM Pulau Pinang

Majlis ini bermula dengan ucapan Pengerusi Eksekutif PPAIQ yang turut menyentuh sejarah penubuhan institusi pendidikan ini sejak tahun 1996 hingga terkini. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Zulfahmi Omar yang mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.

Persembahan multimedia tentang PPAIQ ditayangkan sambil para jemputan dan tetamu mula menjamu hidangan enak yang disajikan.