Friday, 3 July 2015

| BERITA | Majlis Makan Malam Itqan, Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang memberi nafas baru ke arah usaha pengumpulan dana pembangunan Kompleks Pendidikan PPAIQ


Majlis Makan Malam Itqan telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Jun 2015 yang lalu di Dewan Mutiara, Tabung Haji Bayan Lepas.

Tuan Zulfahmi Omar bersama Tuan Hj.Taufek Abdul Rahman, ahli Lembaga Pengarah PPAIQ, dan Prof. Dr Mohd Roslan Hashim, Timbalan YDP IKRAM Pulau Pinang

Majlis ini bermula dengan ucapan Pengerusi Eksekutif PPAIQ yang turut menyentuh sejarah penubuhan institusi pendidikan ini sejak tahun 1996 hingga terkini. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Zulfahmi Omar yang mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.

Persembahan multimedia tentang PPAIQ ditayangkan sambil para jemputan dan tetamu mula menjamu hidangan enak yang disajikan.


Isteri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datin Hajah Azizah Haron turut bersama menyerikan majlis makan malam ini

Makan malam tanpa persembahan kurang meriahnya. Justeru itu, beberapa persembahan termasuk dari kumpulan nasyid cilik SRI Al-Itqan, kumpulan nasyid SMI Al-Itqan dan kumpulan nasyid kontemporari S.A.J.A. berlangsung sepanjang majlis makan malam ini.

Persembahan kumpulan nasyid SMI Al-Itqan, Shoutul Itqan
Lebihan kutipan majlis makan malam Itqan ini telah disalurkan ke dalam dana pembangunan Kompleks Pendidikan PPAIQ yang diberi nafas baru dalam mencari penambahan dana pembangunan PPAIQ ini.


Seminggu kemudian, pada 12 dan 13 Jun 2015, telah berlangsung Karnival Amal Mahabbah Itqan 2015 di tapak kekal Kompleks Pendidikan PPAIQ (untuk maklumat lanjut tentang karnival, klik sini).

Sekalung penghargaan kepada semua penyumbang yang dermawan dan budiman. Semoga usaha dan sumbangan tuan puan diberkati Allah swt.

No comments:

Post a Comment