JANGAN JADIKAN AMALAN MEMFITNAH DAN MENGADU DOMBA BUDAYA KITA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bimbang terhadap kecenderungan
menyebar fitnah atau mereka-reka maklumat palsu bertujuan untuk
merendah-rendahkan mana-mana pemimpin, individu atau organisasi yang
semakin berleluasa akhir-akhir ini.
Perbuatan tersebut adalah haram dan amat dimurkai Allah s.w.t. kerana ia menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang insan.
Allah berfirman:
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ
“Dan
janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar, dan jangan)
menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina
(pendapatnya dan amalannya); Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (Al-Qalam 68: 10-11)
Begitu
juga gelagat mengadu domba atau melaga-lagakan seseorang tokoh dengan
tokoh yang lain atau sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain
merupakan amalan yang dicela oleh agama, malahan bertentangan kesopanan
dan kesusilaan kita rakyat Malaysia.
Mengambil
satu kes yang terbaru, IKRAM berpendapat fitnah terhadap Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang beliau telah mendakwa bahawa
rakyat kini tidak berasa sebarang beban ekonomi kerana rakyat masih
memenuhi restoran KFC, adalah amat tidak adil.
Beliau yang telah dihubungi menafikan sekeras-kerasnya telah menulis melalui halaman twitternya dengan sebegitu rupa.
Sebarang
perbezaan pandangan dalam apa pun isu bersabit hal mengurus tadbir
negara tidak boleh menghalalkan mana-mana pihak membuat fitnah dan
menyebarkannya.
IKRAM membantah budaya buruk ini dan menasihati orang ramai agar menyemak sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:
Post a Comment