
15 Julai 2015, Nibong Tebal - Program Iktikaf Perdana Ramadhan 1436H/2015M IKRAM Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Qaryah Seri Ampangan (Masjid Putih), Seberang Perai Selatan pada 10 hingga 12 Julai 2015 yang lalu.
Sepanjang program iktikaf ini, pelbagai pengisian fikrah dan rohani disusun bagi mengoptimakan masa peserta mengejar ganjaran 10 hari akhir Ramadhan.
Peserta program iktikaf ini mula berkumpul seawal jam 10 malam Jumaat seusai solat tarawikh dan bersedia untuk mengerjakan qiammullail yang akan bermula pada jam 4.30 pagi, Sabtu 11 Julai 2015. Sebaik sahaja selesai solat Subuh berjamaah, majlis diteruskan dengan pengisian Kuliah Subuh oleh Ustaz Soid Mohd Amin.
Tak kenal maka tak cinta! Justeru itu, sesi ta'aruf mengambil tempat seusai wirid Ma'thurat.
Sebanyak tiga pengisian telah diberikan oleh tiga penceramah, Ustaz Syazalie Hirman Ahmad Najib, Prof. Dr. Md Roslan Hashim, dan Dr. Danial Zainal Abidin.
Iktikaf hari pertama diakhiri dengan solat terawih dan tadarus Al-Quran sebanyak 1 juzu' secara berkumpulan.
| Kuliah subuh oleh Ustaz Soid Mohd Amin |
![]() |
| Pengisian 1: Tadabbur Al-Quran oleh Ustaz Syazalie Hirman Ahmad Najib |
Nota: Mohon maaf atas tahap suara yang rendah.
![]() |
| Pengisian 3: "Mencari Tuhan Melalui Sains" oleh Dr. Danial Zainal Abidin |
![]() |
| Peserta beriftar secara jamaie |
Hari kedua iktikaf bermula dengan qiyamulail, bersahur, solat Subuh, tazkirah Subuh oleh Ustaz Fahmi Abu Bakar, dan Ma'thurat.Pengisian keempat diteruskan oleh Ustaz Azhan Yusoff yang bertajuk "Kisah Perang Badar".
Selepas rehat pagi, pengisian terakhir berkenaan dengan penerangan MyCARE telah dilakukan.
Turut dikongsikan pada hari kedua ini sesi perkongsian "Belajar Arab Mudah' oleh Ustaz Ahmad Hafizudin.
Dalam sesi penutup, YDP IKRAM Pulau Pinang, IrJ Jamaluddin telah memberikan harapan beliau untuk ahli-ahli peserta iktikaf ini. Juga, turut dibentangkan resolusi Iktikaf Perdana 2015 IKRAM Pulau Pinang oleh Ustaz Mohd Rozee Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah, IKRAM Pulau Pinang bagi manafaat kesemua peserta iktikaf ini (sila klik Resolusi Iktikaf Perdana 2015 bagi senarai penuh resolusi ini).
Alhamdulillah, program iktikaf ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Semoga bertemu dalam program iktikaf pada tahun hadapan.
![]() |
| Suasana bersahur di pagi Ahad, dan mendengar pengisian keempat bertajuk "Kisah Perang Badar" oleh Ustaz Azhan Yusoff |
![]() |
| Sesi perkongsian "Bahasa Arab Mudah" oleh Ustaz Ahmad Hafizudin |
![]() |
| YDP IKRAM Pulau Pinang, IrJ Jamaluddin |
![]() |
| Para peserta Iktikaf Perdana Ramadhan 2015 |












No comments:
Post a Comment