Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan 1436H
IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA
Mengikuti
perkembangan politik dan pembangunan semasa negara, Pertubuhan IKRAM
Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
prihatin dan cakna kepada keadilan sejagat, keharmonian masyarakat dan
kesatuan umat selaras dengan perjuangan IKRAM untuk memastikan 'Malaysia
Menuju Negara Rahmah', ingin menegaskan pendirian-pendirian berikut
untuk kebaikan bersama warga Malaysia:
IKRAM
meyakini bahawa sistem pemerintahan berteraskan konsep dwiparti
merupakan satu keperluan demi memastikan proses tatakelola kerajaan yang
baik berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan proses semak dan imbang
sentiasa menepati prinsip-prinsip 'Siyasah Syar'iyyah' (politik
berinspirasikan Syariah).
IKRAM
yang bergerak atas dasar prinsip menyuruh yang makruf mencegah yang
mungkar (amar makruf nahi munkar) akan terus menjadi kumpulan pendesak
dan pengimbang kepada semua pihak samada daripada pihak pemerintah atau
pembangkang, agensi kerajaan atau swasta terutamanya yang melibatkan
organisasi yang mengendalikan amanah kepentingan awam dan yang
melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, ketirisan dalam penggunaan
wang awam dan seumpamanya.
IKRAM
sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap sebarang usaha
kolektif untuk mewujudkan arus baru gerakan rakyat selagi mana ianya
tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Syariah.
Atas
pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari
gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah,
demokratik dan sejahtera.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:
Post a Comment