Ir JAMALUDDN BIN
ABDULLAH
Perutusan Yang DiPertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pulau Pinang
16 Julai 2015Sempena Hari Raya Eidul Fitri 2015 (1436H)
Segala puji-pujian bagi Allah
robb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli
keluarga dan para sahabat seluruhnya.
Bersyukur kita kerana telah sebulan
berlalu kita dapat sempurnakan ibadah puasa. Setelah mengharungi tarbiah
ramadhan ini, melalui petunjukNya bukan sahaja kita beroleh rahmat, malah
juga pengampunan dari Allah swt serta pembebasan dari neraka.
Semoga kita mencapai tahap taqwa seperti yang dimaksudkan dalam ayat 183 surah al Baqarah.
Semoga kita mencapai tahap taqwa seperti yang dimaksudkan dalam ayat 183 surah al Baqarah.
Maka pada ayat 185 surah yang sama,
Allah menyuruh kita mengagungkanNya dengan bertakbir dan jangan lupa taqwa yang dicapai hendaklah diteruskan sampai bila-bila. Ibadah bukan semata-mata bertumpu di masjid sahaja. Redha Allah juga turun kepada mereka yang berbuat amar maaruf nahi munkar, berbakti dan menyantuni masyarakat di luar masjid.
Dalam konteks hala tuju Pertubuhan IKRAM, sudah tiba masanya kita melihat dakwah dan tarbiah melangkau bulatan usrah dan halaqah. Kita perlu bersikap inklusif, ummah-centered serta melonjakkan banyak khidmat kepada masyarakat.
Percayalah, masyarakat sentiasa menanti sentuhan Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam, yang membawa kepada kesejahteraan dan kasih sayang.
Maka, minda kita mestilah minda kasih sayang merentas diri, keluarga kepada masyarakat. Minda inilah minda para sahabat Rasulullah saw yang berjaya meluaskan dakwah dari kota Mekah ke pelosok dunia. Manfaatkan ruang dan masa yang terbuka untuk membangun umat di bawah naungan Islam yang makmur, penuh rahmat agar manusia memperolehi santunan kemanusiaan sejati.
".... mudah2an kita termasuk org yg
bersyukur." (Al-Baqarah: Ayat 185)
Bersempena dengan sambutan Hari Raya
Aidilfitri ini, saya memesan semua ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang agar
meneruskan azam, tingkatkan amal ke arah memperbaiki keadaan umat dan masyarakat
sejajar dengan kehendak syariah dan wawasan kita.
Dalam kesempatan ini juga, saya
mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua ahli, keluarga anda dan umat Islam Pulau Pinang seluruhnya.
Taqobbalallahu minna wa minkum
Ir Jamaluddin Abdullah
Yang DiPertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau
Pinang




No comments:
Post a Comment