Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim
Perutusan Aidilfitri
Perutusan Aidilfitri
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
29 Ramadhan 1436H/ 16 Julai 2015
29 Ramadhan 1436H/ 16 Julai 2015
RAIKAN AIDILFITRI DENGAN SEDERHANA, AGUNGKAN ALLAH SEPANJANG MASA
AsSalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setelah sebulan berpuasa, menghayati Ramadhan yang penuh barakah, kini menjelang tiba Aidilfitri, hari merayakan "SEBUAH KEMENANGAN".
Sebulan Ramadhan kita menggilap kembali fitrah kita nan suci; fitrah cinta kepada Pencipta 'Azza wa Jalla, cinta memenuhi hati nurani untuk tunduk patuh dan taat kepadaNya,dan benci untuk kembali kepada maksiat.
Hakikat ini sekali gus menepati pengertian: 'RAMADHAN PENUH RAHMAH DAN BARAKAH" Justeru, dengan rahmah dan barakah Allah Ta'ala, telah diciptakan manusia dengan 'FITRAHNYA" dan saban tahun Allah swt mendatangkn RAMADHAN untuk menggilap semula fitrah insan ini, yang tercalar dan tercemar oleh debu-debu kemelut kehidupan yang dihadapi...
Wanita IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli IKRAM dan seluruh anggota masyarakat dengan ucapan:
"Taqabbalallahu minna wa minkum wa taqabbal ya Kareem. (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)".

Wanita IKRAM berharap dan berdoa agar kita semua berjaya mencapai matlamat pensyariatan ibadah ini iaitu untuk menjadi dan melahirkan orang-orang yang bertaqwa. Semoga selepas Ramadhan ini, kita dapat menjalani kehidupan sebagai seorang yang benar-benar bertaqwa, yang mengutamakan Allah dan keredhaanNya dalam semua aspek kehidupan, bersungguh-sungguh mengamalkan ajaranNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Wanita IKRAM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menyambut dan merayakan Aidilfitri ini, sebagai satu ibadah, dengan memastikan semua aktiviti yang dilakukan menepati apa yang disyariatkan, bermula dengan membanyakkan takbir pada malamnya, mandi sunat di pagi raya, membayar zakat fitrah dan menjamah makanan sebelum solat sunat Hari Raya, menunaikan solat sunat Aidilfitri, mendengar khutbah, mengucap tahniah antara satu sama lain dan berhibur dengan cara yang harus dan tidak melalaikan.
Aidilfitri tahun ini kita rayakan dalam keadaan Negara menghadapi pelbagai kemelut sosial, ekonomi dan politik yang begitu membimbangkan. Hati mana yang tidak pilu, apabila dalam bulan Ramadhan ini sahaja tiga kes penderaan terhadap kanak-kanak tahap serius dilaporkan . Apakah mungkin jumlah sebenar yang tidak dilapurkan adalah jauh lebih tinggi? Di samping itu, rakyat di sana sini mengeluh merasakan keperitan kehidupan akibat tekanan ekonomi apabila nilai ringgit semakin susut, dan harga barang semuanya naik akibat dari cukai barangan atau GST. Nilai RM50 kini tidak dapat memenuhi bakul beli belah kita lagi.
Di sudut politik pula kita semakin gusar dan resah apabila Malaysia mendapat perhatian dunia di atas berita-berita yang menimbulkan keraguan dan menjejaskan keseluruhan kewibawaan Kerajaan pemerintah apabila pemimpin pertama negara dituduh terlibat dengan pelbagai isu yang mengambarkan pecah amanah yang serius. Rakyat menantikan jawapan kepada banyak persoalan yang masih belum terjawab bagi meleraikan kemelut yang antara lainya melibatkan isu hutang negara dan 1MDB. Dari aspek lain pula budaya fitnah memfitnah semakin berleluasa sehingga merosakkan kesatuan ummah yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan Negara.Terkini kejadian pergaduhan di Low Yat menunjukan betapa rapuhnya perpaduan antara kaum di negara ini.
Kesemua kemelut di atas memerlukan kepada kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan negara untuk mencari penyelesaiaan yang tepat dan bertindak dengan matang dalam mengendalikan urusan dan keperluan rakyat. Keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan ummah sejagat dengan mengenepikan kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja. Keadilan perlu ditegakan di setiap penjuru kehidupan rakyat. Pembelaan kepada semua lapisan rakyat termasuk golongan terpinggir mesti diberi perhatian tanpa mengira kaum, bangsa dan agama bagi mencapai wawasan Malaysia menuju negara rahmah. Kembalilah kepada penyelesaian syariah yang telah menunjukkan jalannya. Semua aspek maqasid syariah perlu ditegakan dalam kehidupan secara total, dengan pendekatan yang inklusif kepada semua kaum.
Sempena bulan yang mulia ini, mari kita kembali kepada fitrah murni kita yang asal, fitrah mencintai kebaikan dan kebenaran Wanita IKRAM menyeru semua anggota lapisan masyarakat untuk:
1. Merayakan Aidilfitri secara sederhana, sesuai dengan syariat Allah, dengan mengutamakan amalan-amalan yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bersederhanalah dan jauhi sebarang pembaziran, kelalaian apa lagi maksiat.
2. Mengajarkan dan menyebarkan akhlak yang baik melalui tauladan berkasih sayang , menghubung silaturrahim, hormat menghormati dan kemahiran menangani kepelbagaian di kalangan ahli keluarga dan anggota masyarakat.
3. Mensyukuri nikmat pemberian Allah dengan berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan anggota masyarakat yang kurang berkemampuan.
4. Menghidupkan suasana kemesraan khusus antara ahli keluarga terdekat dengan menghidupkan malam hari raya dengan membanyakkan takbir bersama, di samping tazkirah tentang hakikat Aidilfitri.......
5. Bagi "Saudara Baru' dalam Islam, diharap dapat meneruskan hubungan kekeluargaan dengan keluarga asal keturunan,kerana dengan menganut Islam tidak bererti memutuskan hubungan mesra dan tanggungjawab kekeluargaan, masih boleh terus ziarah menziarahi, memberi dan bertukar hadiah dan keperluan...
Semoga madrasah ramadhan yang baru kita lalui ini memberi bekalan kepada kita semua untuk menjadi anggota masyarakat yang memainkan peranan masing-masing dalam memacu Malaysia menjadi sebuah Negara rahmah untuk semua
Allahu Akbar. Walillahil Hamd.

No comments:
Post a Comment