Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 Julai 2015 bersamaan 18 Ramadan 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 Julai 2015 bersamaan 18 Ramadan 1436H
TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT DAKWAAN WANG RM2.6 BILLION DALAM AKAUN PERDANA MENTERI
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius dakwaan akhbar The Wall Street
Journal(WSJ) pada 2 Julai dan juga laporan portal Sarawak Report juga
pada 2 Julai 2015 tentang aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion
ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohamad Najib Tun
Razak.
Sesungguhnya
dakwaan tersebut amat berat kerana ia melibatkan bukan sahaja peribadi
Perdana Menteri tetapi juga imej dan nama baik negara.
Laporan
dari portal Sarawak Report juga menyebutkan dan melakarkan bagaimana
aliran wang tersebut yang dipercayai bersumberkan dari transaksi
perniagaan 1MDB yang sedang tenat dengan hutang yang menggunung
berjumlah RM41.8 billion.
Sehubungan
dengan isu ini, IKRAM mengalu-alukan laporan yang menyebut bahawa Dato’
Seri Najib bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
kedua-dua pihak sambil menafikan bahawa beliau ada menerima dan
menggunakan wang tersebut atas kapasiti peribadi.
Bagaimanapun,
IKRAM mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Diraja yang diselia di bawah
kuasa DYMM Yang Dipertuan Agung yang bersifat bebas dan adil ditubuhkan
untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan Perdana Menteri tersebut.
Dengan
cara ini, Perdana Menteri dapat membersihkan namanya serta
mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau
sekiranya dakwaan tersebut terbukti tidak benar.
DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD

No comments:
Post a Comment