Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Julai 2015 bersamaan 28 Ramadan 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Julai 2015 bersamaan 28 Ramadan 1436H
SELAMAT BERJUANG BUAT GERAKAN HARAPAN BARU
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) konsisten menyokong kepelbagaian
parti-parti politik yang bakal hadir ke Parlimen Malaysia dari masa ke
masa. Konsep dwiparti yang mewujudkan semak dan imbang akan benar-benar
menguntungkan negara dan rakyat Malaysia.
IKRAM merasakan semua NGO yang diwujudkan, selagi mana memelihara dan
menghormati Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan Perjanjian Malaysia
dengan objektif dan aktiviti yang tersendiri, tentunya sedikit sebanyak
boleh memberikan keuntungan yang sama.
IKRAM akan kekal mengadakan 'engagement' dengan pelbagai pihak
termasuk PAS, UMNO, PKR, DAP dan pelbagai parti politik dan NGO lain.
IKRAM bersama ahli-ahlinya yang terlatih dan berpengalaman, serta
berbekalkan dengan ilmu Islam dan ilmu-ilmu lainnya akan cuba mengurus
sebarang perbezaan ketika berinteraksi dengan mereka.
Maka, IKRAM dengan ini mengalu-alukan kelahiran GERAKAN HARAPAN BARU,
sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang
inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
IKRAM ingin mengingatkan pelbagai pihak agar tidak perlu cemburu,
sempit fikiran, sebak dada dan merasakan HARAPAN BARU sebagai pesaing
mereka, kerana mereka adalah satu lagi suara gelombang rakyat yang
muncul dengan membawa pemikiran yang bakal menguntungkan negara dan
ummah.
Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:
Post a Comment