| Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta |
1 Julai 2015, YANGON
- MyCARE telah mengadakan program berbuka puasa bersama komuniti Muslim
Myanmar di Masjid Jamek Yakwait Sunni di Kampung Ngwe Aye, Dawbon Town
di sini.
Tajaan
berbuka untuk 500 orang penduduk kampung ini adalah sebahagian daripada
agenda Misi Kemanusiaan MyCARE (NICE - Nusantara CARE) ke Myanmar
(MMM1) diketuai oleh Ahli BoT MyCARE, Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta.
Misi
ini telah mengagihkan bantuan kepada komuniti Muslim di Myanmar dan
juga Muslim Rohingya di Arakan melibatkan tiga lagi anggota misi pada 27
Jun sehingga hari ini.
Di
samping itu, MyCARE turut mengagihkan bantuan Ramadan kepada pelarian
Muslim Rohingya di Malaysia antaranya yang berada di Depot Imegresen
Semenyih, Selangor dan Lenggeng, Negeri Sembilan.
| Agihan bantuan di Depot Imegresen Semenyih dan Lenggeng |
Agihan
sumbangan berupa 165 kotak kurma, 100 helai kain pelikat, 72 kotak susu
nutrisi serta 50 helai sejadah telah diserahkan kepada pemangku kem
komandan, Puan Rasidah di Kem Semenyih dan Tuan Nasir di Kem Lenggeng.
| Agihan bantuan di Pusat Komuniti Rohingya Ampang |
Dengan
kerjasama pelajar pelatih daripada Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), MyCARE telah mengagihkan sumbangan yang
terdiri daripada kurma, susu nutrisi serta alatan solat untuk lelaki dan
wanita di Pusat Komuniti Rohingya Ampang.
No comments:
Post a Comment