Friday, 3 July 2015

| KENYATAAN MEDIA | IKRAM Mengutuk Pembunuhan Pimpinan Dan Anggota Ikhwan Muslimin Di Mesir

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Julai 2015 bersamaan 15 Ramadhan 1436H

IKRAM Mengutuk Pembunuhan Pimpinan Dan Anggota Ikhwan Muslimin Di Mesir

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius dan mengutuk tindakan pihak keselamatan Mesir menyerbu kediaman serta membunuh 13 orang pimpinan dan anggota Ikhwan Muslimin termasuklah mantan Ahli Parlimen Mesir, Naser al-Hafi setelah mereka dikatakan ditahan terlebih dahulu.

Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat tidak wajar sama sekali serta membelakangkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia, terutamanya apabila yang ditekan itu adalah sebuah gerakan yan

Tindakan sebegini akan hanya menyemarakkan panggilan-panggilan kepada golongan-golongan yang ekstrem dan menggunakan pendekatan ganas, apabila pintu-pintu pendekatan damai tertutup.

IKRAM menggesa kerajaan Malaysia agar menggunakan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak kerajaan Mesir menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

IKRAM memohon kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat kepada Allah bersempena Ramadan al-Mubarak ini dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Mesir serta diberikan hidayah-Nya atas para pemimpinnya.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:

Post a Comment