Monday, 13 July 2015

| BERITA | Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang: Journey To Jannah, 4 Julai 2015 dihadiri seramai lebih kurang 600 tetamu.

 
12 Julai 2015, Bayan Baru - Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre 2015 kali ke-6 peringkat negeri Pulau Pinang telah selamat berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas Pulau Pinang pada 4 Julai 2015.
 
Seramai 600 tetamu hadir terdiri daripada penyumbang dana, NGO, badan kerajaan, saudara baru dan keluarga saudara baru termasuk 10 orang tetamu bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Rashid Hasnon, ADUN Teluk Bahang, YB Dato’ Shah Headan, Wakil Hidayah Centre Pusat, Haji Abdul Rahman Kassim, Wakil YDP IKRAM Pulau Pinang, Zulfahmi Omar, Ustaz Malik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah antara tetamu jemputan kehormat yang hadir.

Pengerusi HCPP, Haji Mohd Yusni Ghazali
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang diikuti dengan ucapan Wakil Hidayah Centre Foundation, Haji Abdul Rahman Kassim dan ucapan Pengerusi Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP), Haji Mohd Yusni Ghazali.

Majlis dimulakan dengan acara “Live Interview“ beberapa hadirin Muallaf yang hadir. Dua orang pengacara revert iaitu Saudara Naufal Tan dan Saudara Santhira Morgan menemuramah beberapa Muallaf terpilih untuk mengetahui kisah mereka bergelar Muallaf. Hadirin menyaksikan temuramah secara langsung ini melalui skrin yang dipaparkan di dalam dewan.


YB Shah Headan, ADUN Teluk Bahang bersama pengerusi majlis, Saudara Asyraf Tan. Dua rakan baik.....
Saudara Naufal Tan dan Saudara Santhira Morgan menemuramah beberapa Muallaf terpilih

Dr Danial Zainal Abidin
Majlis diteruskan dengan ceramah yang mengetuk minda oleh Dr Danial Zainal Abidin yang bertajuk “Ubat Puasa”. Ceramah santai tetapi bertenaga mengajak hadirin tidak bersikap ‘racist’. 

 Seterusnya, majlis diselang seli dengan tiga sesi pemberian sumbangan kepada 50 Saudara Baru yang memerlukan. Sumbangan terdiri daripada Kurma, barangan Solat dan wang tunai.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan doa dan bacaan Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 1-13 oleh saudara baru,
Cun Kang Leow. Kemudian, saudara Chong Chun Keat melaungkan azan Maghrib dalam dewan menandakan waktu berbuka puasa. Setelah selesai solat Maghrib, hadirin dihidangkan dengan acara teater santai bertajuk “Muallaf “ selama 15 minit.


Bacaan doa oleh Saudara Cun Kang Leow
Saudara Chong Chun Keat melaungkan azan Maghrib.....
Persembahan teater santai "Muallaf"
Solat Isyak dan Tarawikh diimamkan oleh Ustaz Malik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Usai solat, saudara Santhira Morgan memberi tazkeerah ringkas dan majlis diakhiri dengan moreh disusuli dengan sesi fotografi.

Solat Isya' dan tarawikh berjamaah
Tazkeerah selepas tarawikh oleh Saudara Santhira Morgan
YB Dato' Malik Kassim sedang memberikan ucapan
Penyampaian cenderahati kepada Dato' Malik Kassim oleh Haji Abdul Rahman Kassim
YB Dato' Haji Mohd Rashid menyampaikan sumbangan kepada Sister Kesbana dari Jerman
Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon menyampaikan sumbangan kepada saudara baru
Bergambar beramai bersama YB Dato' Mohd Rashid Hasnon selepas sesi penyampaian sumbangan daripada HCPP
Dua keluarga bahagia
Tetamu dari Palestine turut memeriahkan majlis ini

Seorang tetamu MIPHC berasal dari Negara China yang menetap di Malaysia nekad bersyahadah dan majlis disempurnakan secara tertutup di bilik VIP. Chen Ran, gadis 29 tahun yang telah lama mengikuti Mandarin Talk anjuran HCPP sangat gembira selepas syahadah dan tidak sabar untuk mendapatkan Kad Islam beliau.
Sister Chen Ran melafazkan syahadah semasa majlis pengIslaman beliau
Doakan semoga beliau istiqamah setelah pulang ke Negara China nanti. Beliau yakin, ALLAH pasti menghantar pertolongan kepadanya untuk mendalami Islam di Negara China dan mempermudahkan urusannya di sana.

Barisan JK Hidayah Centre Pulau Pinang dengan uniform baru dan sukarelawan yang menjayakan MIPHC 2015
Para penyambut tetamu yang ceria
Pasangan DJ suami isteri dari syarikat DJ Islamik
Antara AJK majlis
Jurukamera rasmi, Encik Shahidan Saaid dari IKRAMedia Pulau Pinang

Gerai jualan Revert Sport Club (RSC)

No comments:

Post a Comment