Friday, 3 July 2015

| BERITA | Majlis Iftar Perdana Itqan bersama TKM1 Pulau Pinang meriah!

 

2 Julai 2015, Teluk Kumbar - Majlis Iftar Perdana Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon berjalan meriah dengan kehadiran para waris pelajar, guru dan murid-murid institusi pendidikan ini.

Seawal jam 6.30 petang, para jemputan dan hadirin mula tiba di perkarangan Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan. Peluang masa yang ada digunakan untuk berkenalan merapatkan lagi tali silaturrahim dan bertukar-tukar berita.

Bangunan kantin SMI Al-Itqan
Muka ceria menunggu saat bagi meraikan salah satu kegembiraan mukmin yang berpuasa, iaitu berbuka puasa.
Ketibaan TKM 1 PP, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon dan isteri disambut mesra oleh Pengarah Eksekutif PPAIQ, Tuan Haji Yusoff.
 
 
 
 

Sebaik selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjamaah yang diimamkan oleh YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon, majlis pemberian sumbangan kepada penerima-penerima terpilih dari kalangan pelajar SRI dan SMI Al-Itqan, Maahad Ta'afiz Al-Itqan dan penduduk sekitar PPAIQ telah diadakan. Sumbangan telah disampaikan oleh YB TKM1 yang diiringi oleh Pengetua SMI Al-Itqan, Muallim Soleh.

Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon memberikan ucapan
Majlis penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima yang terpilih

In shaa Allah, pada bulan Oktober 2015, seramai lebih kurang 10 pelajar SMI Al-Itqan akan menyertai perkhemahan antarabangsa badan uniform di Indonesia. Justeru itu, antara usaha dan kaedah pengumpulan sumber kewangan menampung perbelanjaan pasukan ini yang telah digerakkan oleh para pelajar sendiri adalah tabung bergerak.

YB TKM1 telah turut membuat sumbangan peribadi beliau untuk tabung ini. Didoakan para pelajar ini berjaya memperolehi dana yang maksimum bagi menampung kos menyertai perkhemahan ini.

TKM1 menghulurkan sumbangan peribadi untuk tabung dana perkhemahan antarabangsa di Indonesia tidak lama lagi......
Majlis ini berakhir dengan solat tarawih dan witir secara berjamaah.... alhamdulillah.

2 comments: