Rabu
8 Jun 2016 merupakan hari bersejarah kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan
kerana pada hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng,
mengumumkan bantuan penuh bernilai RM15 juta untuk membina lengkap Pusat
Pendidikan Al-Itqan di atas tapak milik sekolah di Jalan Sepakat, off
Jalan Kg Masjid, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Projek ini dijangka siap
pada tahun 2018.
Pusat Pendidikan Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah dengan seramai 70 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, PulauPinang. Kini bilangan murid adalah 200 orang dengan 35 orang staf.
Kemudian, pada tahun 2008, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah berjaya ditubuhkan di tapak tanah kekal milik institusi ini. Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah telah didaftarkan sebagai Sekolah Rendah Al-Itqan. Sekolah menengah juga dijajarkan sebagai Sekolah Menengah Al-Itqan.
Dalam tahun kelapan operasi (2016) terdapat 70 orang murid dan 16 orang staf dan menawarkan aliran akaun dan sains. Sekolah menengah tidak mempunyai infra-struktur kekal kecuali bangunan sedia ada yang menempatkan pejabat dan kelas-kelas. Guru-guru dan staf sokongan ditempatkan di dalam 3 buah kabin (kontena), manakala bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik multimedia ditempatkan di dalam 2 buah kabin. Surau, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, kantin dan hostel pelajar asrama ditempatkan dalam struktur-struktur bangunan sementara.

Tahfiz
Al-Itqan baru lagi beroperasi (tahun ini merupakan tahun kedua) di atas
tapak sekolah dengan 3 orang guru serta 16 orang pelajar. Ia beroperasi
di dalam sebuah kabin sementara yang dibesarkan. Bagi menjaga disiplin
hafazan pelajar tahfiz tinggal di asrama sekolah.
Pusat Pendidikan Al-Itqan beroperasi tanpa laba, iaitu tidak mengambil keuntungan. Yuran yang dikenakan kepada pelajar hanyalah untuk operasi sekolah semata-mata. Namun, masih rendah dan tidak mencukupi untuk menampung seluruh kos pengoperasian. Kos operasi ditampung oleh sumbangan-sumbangan lain, termasuk dari kerajaan negeri berbentuk perkapita pada setiap tahun melalui Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Sumbangan ini diberikan kepada semua sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Selain itu sekolah juga menerima sumbangan dari orang ramai. Pengerusi dan semua anggota ALP yang menyumbang masa, buah fikiran dan tenaga kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan tidak menerima sebarang bayaran, termasuk tidak menerima sebarang diskaun apabila anak-anak mereka belajar di Pusat Pendidikan Al-Itqan, dan tidak juga menerima sebarang elaun untuk menghadiri mesyuarat ALP atau aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Bahkan di dalam banyak situasi mereka turut menyumbang wang sendiri kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan. Terima kasih kepada ALP. Pusat Pendidikan Al-Itqan akan terus beroperasi tanpa laba.
Rancangan membina bangunan bermula sejak tahun 2007. Namun, kadar kutipan dana dan simpanan tidak dapat menyaingi kenaikan kos membina yang meningkat tahun demi tahun. Untuk meringankan beban, projek membina dirancang berdikit-dikit mengikut kemampuan. Untuk mengelak dari tekanan hutang yang berpanjangan, pihak ALP tidak bercadang untuk mengambil pinjaman dari Bank atau mana-mana institusi kewangan untuk binaan bangunan. Pada tahun 2015 dana kutipan RM1 juta telah dibelanjakan untuk menanam cerucuk bagi satu blok (daripada 4 blok) sekolah. Selepas itu projek tidak dapat diteruskan kerana kehausan dana. Pada hari ini kos binaan lengkap telah meningkat dari anggaran konservatif awal RM12 juta kepada RM17 juta. Angka diperolehi dari laporan penilaian jurukur bahan berdaftar (licensed quantity surveyer) pada bulan Mac 2016.
Ahli Lembaga Pengarah telah memikirkan pendekatan lain untuk mendapatkan dana pembangunan. Beberapa pendekatan telah diteroka. Salah satunya ialah berunding terus dengan pihak korporat yang bersedia membantu membinanya di atas dasar tanggungjawab sosial. Maka cadangan ini dikemukakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam satu permohonan, dan beliau telah bersetuju dengannya dalam bentuk sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh badan korporat. Maka, menerusi kaedah ini projek dapat digerakkan semula. Ia diurus oleh Ideal Property Group dalam dua fasa agar tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah menengah dan tahfiz yang beroperasi di tapak tersebut. Tiada wang yang dipindahkan kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan kerana segala kos pembangunan diurus langsung di antara pemaju dan kerajaan negeri. Pusat Pendidikan Al-Itqan tidak dikenakan sebarang syarat untuk menerima bantuan ini.
Pihak ALP rasa bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang telah memakbulkan doa kami selama ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YAB Tuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri di atas peruntukan yang diistiharkan. Terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon, yang menemukan pihak-pihak utama untuk berunding. Terima kasih kepada Dato’Alex Ooi selaku Pengarah Urusan Ideal Property Group dan pelaksana projek ini di atas kesudiannya membantu melonjakkannya. Juga terima kasih kepada En Amil Abdul Kadir dari Syarikat Ayob Bin Saud, Ir Jamaludin Abdullah dari Ilham Jurutera, Ir Mohd Roesli Hassan dari RHA Consulting Engineers, SR Tengku Zalihan Tengku Ahmad Tajudin dan Akitek Mohd Khairi Zakaria dari KZ Arkikraf yang mencurahkan buah fikiran, pengalaman dan kepakaran masing-masing membangunkan Pusat Pendidikan Al-Itqan.
Tidak lupa ucapan terima kasih kepada En Mohd Yusoff Omar selaku Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Itqan yang dari awal bertungkus lumus berusaha segala macam untuk menjayakan projek ini. Tidak lupa terima kasih kepada semua staf Al-Itqan yang sentiasa menyumbang membangunkan Pusat Pendidikan Al-Itqan. Terima kasih kepada semua ibu-bapa yang memberi kepercayaan kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan untuk mendidik anak-anak mereka, dan tidak lupa terima kasih kepada semua penyumbang kepada projek ini dalam apa bentuk sekalipun.
Terima kasih, semoga Pusat Pendidikan Al-Itqan terus maju, menjadi institusi pendidikan pilihan.
PROF. MADYA DR. ABDUL HALIM ABDUL AZIZ

Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah
Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang
10 Jun 2016

No comments:
Post a Comment