Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
27 Ogos 2016 bersamaan 24 Zulkaedah 1437H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
27 Ogos 2016 bersamaan 24 Zulkaedah 1437H
PERCAMBAHAN PUSAT TAHFIZ SESUATU YANG DIALU-ALUKAN TETAPI PERLU DIKAWAL SELIA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
memandang serius beberapa insiden yang dilaporkan yang melibatkan pusat
tahfiz baru-baru ini. Ini termasuk kes guru yang dilaporkan membelasah
pelajar di Sungai Petani, kebakaran madrasah tahfiz di Sabak Bernam dan
Tawau serta isu mutakhir yang melibatkan dakwaan penderaan seksual
terhadap pelajar di sebuah pusat tahfiz di Ipoh.
IKRAM berpandangan penubuhan
pusat-pusat tahfiz di serata pelosok negara mencerminkan satu trend yang
baik dari segi kesedaran ibu-bapa tentang peri pentingnya didikan
agama. Permintaan dan harapan yang tinggi ini mendorong ramai pengusaha
untuk menyediakan pusat-pusat tahfiz.
Walau bagaimana pun, IKRAM prihatin
dengan kualiti dan standard yang disediakan oleh pusat-pusat tahfiz
berkenaan. Ini termasuk falsafah pendidikan yang dijadikan panduan,
kelayakan kepimpinan dan pendidik, kurikulum dan kokurikulum, sistem
pengurusan dan pentadbiran, standard prasarana dan infrastruktur, kaedah
pengajaran dan pembelajaran, ciri keselamatan asrama dan seumpamanya.
IKRAM menggesa pihak kerajaan
menyediakan satu sistem kawal selia dan jaminan kualiti untuk
meningkatkan kualiti dan standard dalam bidang-bidang berkenaan. Satu
garis panduan perlu digubal bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak
diingini berlaku.
IKRAM bersedia berkongsi pengalaman
dalam mengendalikan lebih 40 buah sekolah rendah dan menengah Islam
serta maahad tahfiz di seluruh negara.
Prof. Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment