Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
8 Ogos 2016 bersamaan 5 Zulkaedah 1437H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
8 Ogos 2016 bersamaan 5 Zulkaedah 1437H
IKRAM Mengalu-alukan Akaun Simpanan Syariah KWSP
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas
pengumumannya untuk menyediakan pilihan simpanan persaraan baharu
berteraskan Syariah yang akan bermula pada awal 2017 dan dibuka
pendaftarannya untuk ahli KWSP pada hari ini.
IKRAM amat mengalu-alukan langkah ini dan percaya umat Islam telah lama menantikan pengumuman sebegini.
IKRAM mengucapkan syabas kepada orang
ramai yang telah berpusu-pusu beratur sejak awal pagi di hadapan
pejabat-pejabat KWSP. Ini menunjukkan kesungguhan masyarakat untuk
memastikan simpanan mereka diuruskan secara halal.
Ini juga berkemungkinan disebabkan
mereka tidak mahu terlepas peluang kerana jumlah simpanan Syariah yang
ditawarkan kali ini hanya berjumlah RM100 bilion, iaitu kira-kira 15
peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP yang bernilai RM681.71
bilion sehingga akhir Mac lalu.
Sehubungan dengan itu, IKRAM menyeru
pihak KWSP agar berusaha untuk memenuhi semua permintaan umat Islam ini
dengan menyediakan dana patuh Syariah yang lebih besar seberapa segera.
IKRAM
juga mencadangkan KWSP untuk menambah baik lagi sistem pendaftaran dan
menjadikannya lebih mesra pengguna seperti membenarkan pendaftaran
melalui sistem atas talian (online), melalui telefon pintar atau melalui
majikan masing-masing.
IKRAM menggalakkan semua ahli KWSP
Muslim dan seluruh ahli IKRAM khususnya untuk segera mendaftarkan
pertukaran kepada akaun Simpanan Syariah agar harta mereka diuruskan
dengan cara yang halal dan diredhai Allah SWT.
Allah SWT menyebutkan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Wahai manusia makanlah apa dalam
dunia ini daripada yang halal lagi baik, dan janganlah ikuti jejak
langkah syaitan, sesungguhnya ia bagimu adalah musuh yang nyata." (al-Baqarah 2:16)
IKRAM juga menyeru pihak kerajaan
untuk memastikan semua dana milik negara dan masyarakat diuruskan secara
patuh Syariah sepenuhnya.
"Rezeki yang halal membawa keberkatan dan kemakmuran."
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
Ustaz Hj Burhanuddin Lukman
Naib Presiden
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ulama
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ulama
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No comments:
Post a Comment