Showing posts with label IKRAM Seberang Perai Tengah. Show all posts
Showing posts with label IKRAM Seberang Perai Tengah. Show all posts

Friday, 1 July 2016

| BERITA | Single "Jangan Menghina" oleh Inteam dan Alif Satar telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Tadika Amal Rintis dan Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR)



Single "Jangan Menghina" istimewa daripada Inteam & Alif Satar. Turut menampilkan Nocturnal Voice sebagai artis jemputan.

Sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Ahmadi Hassan, kini diberi susunan baru.


"Jangan Menghina" telah mendapat sokongan & kerjasama daripada Tadika Amal Rintis & Sekolah Rendah Islam Amal Rintis.

Dengarkan secara digital di Spotify, Deezer dan KKBox serta muat turun di iTunes!

iTunes: https://goo.gl/yYg6wm
Spotify: https://goo.gl/LSPqbJ
Deezer: http://goo.gl/BavwU4

** Muzik latar: "Tahmid Lebaran" (Inteam Records).

Thursday, 4 February 2016

| BERITA | Liga Badminton Ikhwah IKRAM Pulau Pinang bermula sengit!


Liga Badminton Ikhwah IKRAM Pulau Pinang telah bermula dengan perlawanan pertama antara pasukan IKRAM Seberang Perai Utara dan IKRAM Seberang Perai Tengah. 

Sebanyak tujuh perlawanan telah dipertandingkan. Pasukan IKRAM SPT telah menjaya menjinakkan pasukan IKRAM SPU dengan 5 - 2.

Syabas diucapkan kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawan julung kali ini. Pastinya pertarungan akan datang menjanjikan kehebatan tersendiri, in shaa Allah!

Thursday, 21 January 2016

Thursday, 11 June 2015

| BERITA | Jom Gembirakan Pesakit@Lawatan Hospital Seberang Jaya, 14 Jun 2015, Ahad


PROGRAM "Jom Gembirakan Pesakit @ ZIARAH Hospital Seberang Jaya"
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

14 Jun 2015, Ahad
2.30 hingga 4.30 petang
Tempat berkumpul: Surau Hospital Seberang Jaya

Anjuran IKRAM SPT & PERS. SUKARELAWAN HOSP SEBERANG JAYA

Friday, 8 May 2015

| HEBAHAN | BIJAK BELANJAWAN 1.0: Pengurusan Kewangan Seorang Muslim, 24 Mei 2015

 
| BELIA SISTEMATIK |

Kos sara hidup meningkat, gaji cukup makan, GST, kereta, rumah, bil, cukai lagi, zakat wajib, simpanan haji, simpanan lain, pelaburan, masa depan anak-anak/bakal kawin… Dan banyak lagi yang memerlukan wang.. Mana dulu nak didahulukan? Mana lagi penting? Banyak mana perlu allocate?

Inilah masanya untuk belajar mengurus kewangan!
 
Mari sertai kami di program seminar kewangan, BIJAK BELANJAWAN 1.0: PENGURUSAN KEWANGAN SEORANG MUSLIM.

Tuesday, 10 March 2015

| BERITA | Mesyuarat Agung Wanita Daerah (MAWD) dan Mesyuarat Agung Daerah (MAD) IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah



MAWD dan MAD IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah telah berjaya dilaksanakan pada 8 Mac 2015, Ahad yang lalu.

MAWD telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Pulau Pinang, manakala MAD telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Negeri Pulau Pinang.

Ucapan Perasmian YDP IKRAM Negeri Pulau Pinang

Sunday, 15 February 2015

| BERITA | Berita bergambar: Program Jom Gembirakan Pesakit@Lawatan Hospital IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah, 14 Februari 2015


 
15 Februari 2015, Seberang Jaya - Program Jom Gembirakan Pesakit@Lawatan Hospital IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah berjaya diadakan semalam melibatkan aktivis IKRAM dengan kerjasama pihak Hospital Seberang Jaya.

Seusai taklimat umum daripada pihak Hospital Seberang Jaya dan pengelola program IKRAM Seberang Perai Tengah, kesemua sukarelawan bergerak menziarahi para pesakit di wad-wad terpilih.


Bahan bercetak "Panduan Bertayammum dan Solat Ketika Sakit" telah diedarkan kepada pesakit beragama Islam untuk manafaat bersama. Bahan-bahan umum berkenaan Islam turut diedarkan kepada semua pesakit Muslim dan bukan Muslim.

Monday, 9 February 2015

| BERITA | Iftar Jamaie IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah

Iftar jamaie IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah berlangsung di pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang bermula pada pukul 6.45 sehingga pukul 9.00 malam pada hari Khamis, 5 Februari 2015 yang lalu.

Tuesday, 3 February 2015

| HEBAHAN | Kelas Iqra', Al-Quran / Tajwid, Bahasa Arab, Hokkien, Tuisyen PT3: Matematik di SRI Amal Rintis


Siri kelas yang akan bermula pada Februari 2015 di SRI Amal Rintis dengan kerjasama Pusat Akademi Al-Ikhwan (belakang Imigresen Sbrg Jaya):

a. Kelas Bahasa Arab
Bermula 12 Januari 2015 untuk dewasa (lelaki dan wanita)
Setiap Khamis, minggu 2, 3 & 4 pada jam 6.30 - 8.30 malam
Yuran RM50 + Pendaftaran RM10
Pengajar: Ustaz Soid Md Amin

Friday, 16 January 2015

| BERITA | Usrah Gabungan Tahap 01 dan 02 (Lelaki dan Wanita) IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah, 15 Januari 2015



Semalam, 15 Januari 2015, Khamis, telah diadakan Usrah Gabungan Tahap 01 dan 02 untuk ahli lelaki dan wanita IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang.

Seramai 51 orang ahli yang terdiri dari 30 ahli lelaki dan 21 ahli wanita telah menyertai usrah gabungan ini yang bermula pada jam 8.30 malam.

I BERITA I Seminggu pertama SRIAR yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.



12hb - 16hb Januari 2015: Seminggu pertama Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR) yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Para pelajar telah memulakan pengajian mereka seperti di dalam jadual persekolahan.

Terima kasih kepada ibu-bapa yang telah mendaftarkan anak- anak mereka dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada pihak SRIAR untuk mendidik anak- anak mereka.

Pihak SRIAR berjanji menjaga amanah ini dan terus mendidik anak-anak berteraskan Al-Quran & Sunnah sepertimana yang termaktub di dalam objektif dan matlamat pendidikan IKRAM-MUSLEH
, in shaa Allah.

Wednesday, 14 January 2015

| BERITA | Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR), Seberang Perai Tengah ditubuhkan




Alhamdulillah, institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH mengorak langkah dengan penubuhan satu lagi sekolah rendah di bawah rangkaiannya.

Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR) memulakan hari pertama penubuhannya pada 12 Januari 2015. Suatu detik lagi dalam sejarah penubuhan institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH di Pulau Pinang.

Pendaftaran untuk kemasukan darjah 1 (SATU) sesi persekolahan 2015 dibuka sehingga Jun 2015.

Maklumat lanjut:

SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAL RINTIS
21, Tingkat 1, Lorong Kelasah 1, Taman Kelasah, 13700 Seberang Jaya, P.Pinang


Waktu pejabat:
7.30 am - 1.00 pm, 2.00 pm - 4.30 pm (Isnin-Khamis)
7.30 am - 12.30 pm, 2.30 pm - 4.30 pm (Jumaat)
Hujung minggu dan cuti umum TUTUP


Waktu pembelajaran: 
7.45 am - 2 pm 

Subjek yang ditawarkan:
1. Akademik:
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Dunia Sains dan Teknologi, Bahasa Arab.
2. Diniah:

Feqah, Tajwid, SIrah, Akhlak, Aqidah.

Hubungi:
Muallim Umar Al-Mukhtar (019-541 7821 / 019-447 7821)

Tuesday, 30 December 2014

| BERITA | Kelas Tafaqquh IKRAM Negeri Pulau Pinang (KITAP)




Kelas Tafaqquh IKRAM Negeri Pulau Pinang di Surau Kg Taman Baru, Seberang Jaya
Setiap Jumaat malam selepas solat Maghrib.

Jom hadirkan diri ke majlis ilmu!