Pada 26/2/2015 Khamis, jam 6.45 petang telah berlangsung program IFTAR JAMAIE dan MAJLIS INDUKSI IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bertempat di pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang.
MAJLIS INDUKSI adalah untuk memperkenalkan organisasi IKRAM kepada ahli baru IKRAM, ahli baru usrah/halaqah dan sukarelawan dalam agensi di bawah IKRAM.
![]() |
| Pengenalan IKRAM oleh YDP SPT, Zulkarnain Ahmad |
![]() |
| Majlis Induksi bersama ahli baru yg mendaftar pada 2014 hingga kini |
Pengisian ini telah disampaikan oleh YDP IKRAM Daerah SPT, Zulkarnain Ahmad. Seramai 42 orang ahli lelaki dan wanita telah menghadiri program ini.
Semoga Allah memberkati dan memberi kekuatan kepada kita dalam usaha menggerakkan dakwah.
Sekian








No comments:
Post a Comment