Tuesday, 24 March 2015

| BERITA | Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2015 (HARMONI'15) suatu kejayaan.

Assalamualaykum,

Dikongsikan beberapa Highlights Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2015 (HARMONI'15) yang lepas untuk perhatian dan makluman kita semua,

1- Syukur yang tidak terhingga, hampir 2,000 orang mahasiswa IKRAM dan para tetamu jemputan dari seluruh Malaysia telah hadir beramai-ramai memeriahkan HARMONI'15 yang diadakan buat julung kalinya ini termasuk dari Sabah dan Sarawak. Walaupun jumlah awal yang disasarkan ialah seramai 2,500 orang, jumlah seramai hampir 2,000 ini tetap dikira sebagai satu kejayaan. 



 
 
 
  
2- Kehadiran tetamu-tetamu luar (yang bukan daripada kalangan ikhwah dan akhawat) iaitu Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), HALUAN Siswa, Gerakan Demokratik Belia dan Mahasiswa Malaysia (DEMA), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan Pemuda Sosialis Malaysia telah mengukuhkan dan membuka lagi ruang-ruang untuk permuafakatan. 



3- Perasmian terus daripada Presiden IKRAM sendiri, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad serta kehadiran 6 orang daripada pimpinan JKP IKRAM (tak termasuk Presiden IKRAM, Timbalan Presiden IKRAM dan Pengerusi JKPM Pusat) iaitu Tuan Hj Nahar bin Md Nor, Prof Dr Hj Alauddin bin Mohd Ali, Tuan Hj Nicholas Sylvester, Dr Hjh Roselainy binti Abdul Rahman dan Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Noor menunjukkan betapa prihatinnya syuyukh kita terhadap mahasiswa IKRAM.

 



4- Perbahasan Ucapan Dasar Presiden IKRAM Siswa bertajuk 'Kampus Harmoni Menuju Negara Rahmah' oleh tujuh (7) orang pembahas iaitu akh Muhammad Shafik Shahidan bin Fauzi (Pengerusi IKRAM Siswa UIAM Gombak), akh Awang Ilham Awang Keri (Pengerusi IKRAM Siswa UPM), akh Abdul Halim Hazwan bin Jamaludin (Pengerusi IKRAM Siswa UIAM Kuantan), akh Muhammad Nazifi bin M Afanddi (wakil mahasiswa IKRAM UNITEN), akh Ahmad Taqiyuddin Shahriman (Pengerusi IKRAM Siswa USM), ukht Fathimah Zahra binti Ainullotfi (Ketua Siswi IKRAM Siswa UM) dan akh Mohammad Azwan bin Hassim (Pengerusi IKRAM Siswa UNIMAS) telah memaparkan kualiti perbahasan yang baik yang terus merujuk kepada kandungan Ucapan Dasar.

5- Kehadiran dua orang tetamu dari Tunisia iaitu Dr Ahmad Gaaloul dan Wahida yang menceritakan tentang peranan pemuda di negara mereka sememangnya menjadikan HARMONI'15 sangat berbaloi.

6- Pembentangan yang benar-benar memfokuskan kepada isu mahasiswa IKRAM sekarang daripada Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bertajuk "Menangani Kepelbagaian" dan daripada Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Timbalan Presiden IKRAM bertajuk "Membangunan Mahasiswa Negarawan" amat memberikan kesan kepada peserta.

7- Soalan yang bertalu-talu daripada para peserta kepada IKRAM Siswa Nasional sewaktu sesi dialog antara IKRAM Siswa Nasional dengan peserta menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan mahasiswa IKRAM untuk terus menggerakkan dakwah ini.

 


8- Persembahan daripada ahli IKRAM Siswa yang amat mengagumkan sekaligus menunjukkan betapa besarnya bakat terpendam yang dimilik oleh ahli IKRAM Siswa jika ruangnya diberikan. Antaranya ialah persembahan puisi daripada dua orang akhawat UIAM Gombak dan seorang ikhwah UIAM Gombak, pengacara Konsert yang mantap iaitu Daie Azam al-Kankari dan Syed Safwan Syed Ibrahim, persembahan percussion darioada Kelab Percussion UIAM Gombak (Presidennya ialah akh kita), Kumpulan Zeyad yang sedang mencipta nama serta persembahan bertenaga daripada graduan Madrasatul Hayah IKRAM. 



9- Kehadiran Raihan menghangatkan kembali nostalgia kegemilangan nasyid tanah air sewaktu mula-mula Raihan muncul dahulu. Pembawaan Raihan amat menghiburkan. Sangat digalakkan untuk dijemput lagi pada masa akan datang.

10- HARMONI'15 telah memakan tenaga sekitar 100 orang AJK daripada kalangan ahli IKRAM Siswa UIAM Gombak, IKRAM Siswa UiTM Shah Alam, IKRAM Siswa UPM, IKRAM Siswa KUIS, IKRAM Siswa CUCMS, IKRAM Siswa USIM KL, IKRAM Siswa UM dan IKRAM Siswa USIM Nilai. Penganjuran ini pastinya memberikan pengalaman berharga kepada setiap IKRAM Siswa Cawangan yang disebutkan ini. Terima kasih kepada IKRAM Siswa UIAM Gombak yang telah menyalurkan tenaga yang paling ramai dalam HARMONI'15.

Gambar-gambar perjalanan HARMONI'15 boleh dilihat di sini https://www.facebook.com/IkramSiswaNasional

Semoga Allah terima amal kita semua insya Allah.

Marwan Abdullah
Presiden
IKRAM Siswa Nasional 2014/2016
marwanamz@gmail.com

No comments:

Post a Comment