Pernahkah kita terfikir untuk terus mencari ilmu dengan menghadiri kursus di mana-mana universiti di dunia ini termasuk yang tersohor seperti Stanford University dan lain-lain?
Tahukah anda bahawa keupayaan teknologi masa kini membawa kepada perkongsian sebaran ilmu dengan melata. Anda boleh mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di universiti terkemuka tanpa perlu hadir secara fizikal mahupun membayar sebarang yuran bagi memperolehi ilmu yang dikongsikan.
Namun, jika anda berkemahuan untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi seperti segulung ijazah atau sijil, barulah perlu proses permohonan kemasukan dan yuran dikenakan.
Menarik bukan??!! Inilah konsep Massive Open Online Courses (MOOCs) yang mula menjadi arus perdana pendidikan global masa kini.
Saksikan video pendek ini bagi mendapatkan idea awal tentang MOOCs. Jika berminat lebih lanjut, buatlah carian di internet.
No comments:
Post a Comment