Saturday, 21 March 2015

| BERITA | Walimatulurus Perdana 2015 (WUP 2015)


Pada hari Ahad, 15 Mac 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Walimatulurus Perdana 2015 anjuran bersama Penyelaras KADUN Pulau Betong dan Pertubuhan IKRAM Daerah Barat Daya bertempat di Kompleks MPPP, Balik Pulau.

 

Majlis ini disertai oleh 18 pasangan mempelai yang dibawa menaiki bas dua tingkat dari Masjid Daerah Barat Daya ke kompleks sukan ini. Dianggarkan seramai 8000 orang menghadiri majlis perdana ini.



Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Mohd Rashid Hasnon dan isteri, beserta wakil-wakil rakyat setempat, dan wakil-wakil penaja majlis ini. Majlis turut diseri dengan kehadiran Datin Seri Wan Azizah.


 

Salah satu pasang mempelai yang turut membina mahligai cinta ialah anak perempuan kepada pasangan Hj Taufek Abdul Rahman, YDP IKRAM Daerah Barat Daya dan Puan Norijah. Pengantin perempuan, Anis selamat diijabkabulkan dalam masjlis pernikahan sehari sebelum iaitu pada hari Sabtu, 14 Mac 2015 bertempat di Masjid Daerah Balik Pulau.

Majlis walimaturus perdana ini turut diserikan dengan persembahan bertenaga penghibur Hafiz Hamidon.



Sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur yang prihatin kepada kesungguhan pasangan mempelai untuk mendirikan rumah tangga. Juga, kepada berpuluh sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dengan baik dan jayanya.

No comments:

Post a Comment