Pada 1 Mac 2015, Ahad, telah dianjurkan dengan jayanya Majlis Penghargaan i-Bantu IKRAM Negeri Pulau Pinang bersempena Misi Bantuan Pasca Banjir ke Kelantan.
Majlis ini turut diserikan oleh Prof. Dr Md Roslan dan para pimpinan IKRAM Negeri Pulau Pinang dan institusi IKRAM Negeri Pulau Pinang. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini.
In shaa Allah, misi ke-4 bantuan pasca banjir i-Bantu IKRAM Negeri Pulau Pinang ke Kelantan telah dilancarkan pada 28 Februari 2015 yang lalu. Kesemua ahli IKRAM dan masyarakat setempat dijemput sebagai sukarelawan i-Bantu dalam misi kali ini. Ini kerana masih ramai ahli masyarakat Kelantan yang memerlukan bantuan dan perhatian.
Semoga usaha ini dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah swt, ameen.










No comments:
Post a Comment