![]() |
| Asma` Amatullah Bt Hasanuddin dan @nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad |
PERKASAKAN DIRI MU
Suatu masa, lahirnya golongan ini pernah menjadi celaan manusia
Sehingga tercatat di dalam al-Quran, Wajah-wajah mereka berubah merah kehitaman menahan marah dan malu,
Ditanam, dikubur bagi menghapus keaiban
Hadirnya dilihat sebagai aset warisan
Beban tanggungan
Peranannya di pandang enteng
Wujudnya seperti tidak penting
Hadirnya utusan Allah, mengubah corak pemikiran
Mengangkat wanita ketahap kemuliaan
Dengan apa? Bagaimana?
Dengan membebaskannya dari penghambaan manusia
Kepada kehambaan penuh cinta kepada pencipta manusia
Kemuliaan yg memelihara dan menjaga
Melindunginya dari pandangan hina
Menutupinya dari nilai dunia semata-mata
Mengangkat martabat aurat
Menambah tabir malu
Disulam dengan nadi kelembutan
Bersalut ketegasan
Digariskan hukum hakam agar
Dia terus terbela dan terjaga. jauh dari aniaya
Lembut bukan bererti lemah
Malu bukan bererti layu
Aurat bukan jalan penyekat
Untuk wanita menjadi yang hebat
Menyumbang pada keluarga dunia dan masyarakat
Sejarah telah membuktikan
Sumayyah sebagai syahid pertama
Khadijah r.a yang menginfak segala harta
Ummu Nidhal ibu kepada pemuda surga
Yang syahid membela agama
Ibu Yoyoh Yusroh, melahirkan dan membesarkan 10 penjaga Al-Quran yang berjaya
Dan kamu? ya kamu..
Barisan mahasiswi
Wanita seperti apa yang ingin kamu jadi
Dimedan apa kamu ingin berbakti
Pada keilmuan?
Pada kecantikan dan penampilan?
Pada sanjungan dan pujian?
Pada kelekaan dan hiburan?
Dimana kamu mahu mainkan peranan?
Tiada yang lebih mulia.
Bila Allah diletakkan yang terutama.
Siapapun kamu. Dimana pun kamu, Allah diletakkan dihadapan
Dengan Islam, kamu terus berjalan
Hidup demi Islam
Belajar, mencari ilmu dan redha Tuhan
Kamu raih kecemerlangan
Bukan sekadar hafalan, tapi penuh kefahaman
Dijelmakan dalam amalan
Mengajarkan untuk menambah kefahaman
Membantu rakan seperjuangan
Berpersatuan berkumpulan untuk membina kepimpinan
Memimpin untuk mendekatkan manusia pada Tuhan
Masa terisi dengan kebaktian
Diri dan kehidupan tetap terjaga diuruskan
Ibu ayah tidak dilupakan
dihubungi diziarahi untuk membuktikan kasih sayang
Redha mereka, redha Tuhan
Maka,
Mahalkan diri
Muliakan diri
Perkasakan diri.
Sehingga, dimanapun kamu berpijak
Islam pasti tertegak
Kamu yang tertinggi
Disisi ilahi Rabb
Nukilan:
Asma` Amatullah Bt Hasanuddin dan @nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
Dipersembahkan sempena Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2015 (HARMONI '15) #harmoni15
Asma` Amatullah Bt Hasanuddin dan @nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
Dipersembahkan sempena Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2015 (HARMONI '15) #harmoni15

No comments:
Post a Comment