Monday, 16 March 2015

| BERITA | Sambutan Hari Wanita Sedunia: Wanita IKRAM Negeri Pulau Pinang di Occupy Beach Street, Georgetown


Pada hari Ahad, 8 Mac 2015 yang lalu, Wanita IKRAM Negeri Pulau Pinang telah bersama meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang di Occupy Beach Street, Georgetown, Pulau Pinang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 12 tengahari.

Wanita IKRAM telah membuka satu meja pameran bagi edaran dokumen maklumat berkenaan aktiviti Wanita IKRAM dan Pertubuhan IKRAM Malaysia yang menyokong pembangunan wanita di Malaysia, khususnya dan isu kebajikan dan dakwah amnya. Antara maklumat edaran yang boleh diperolehi adalah berkenaan Wanita IKRAM, Women's Right, Hijab, IKRAM Juniors dan IKRAMTeens.

Meja pameran Wanita IKRAM Negeri Pulau Pinang telah diuruskan oleh ahli-ahli IKRAM Siswa USM dan juga aktivis IKRAMTeens Timur Laut.

Terima kasih diucapkan kepada semua aktivis IKRAM yang menjayakan aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment