![]() |
|
Sayonara Jahiliyyah !!!
|
SAYONARA JAHILIYYAH: OUTDOOR VERSION & BEDAH BUKU (BEB)
Anjuran: Belia IKRAM Pulau Pinang Daerah Timur Laut dan Seberang Perai
Selatan
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran bagi Allah.
Pada 28 Mac 2015 telah berlangsung program berikut di Taman Negara dan Pantai Kerachut, Pulau Pinang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini termasuk 3 pelajar berusia 15 tahun. Peserta terdiri daripada belia dan beliawanis dari pelbagai pelusuk negeri Pulau Pinang.
Objektif program kali ini ialah:
- Memperkenalkan peserta kepada jahiliyah yang sedang menular dalam masyarakat semasa.
- Memberi pencerahan kepada peserta untuk mengatasi dan melepaskan diri dari belenggu jahiliyah.
- Menerapkan budaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
- Memenuhi salah satu muwasoffat tarbiyah – mukmin yang berilmu dan sihat tubuh badan.
- Melahirkan belia yang cintakan ilmu dan majlis ilmu.
- Meningkatkan kesedaran belia tentang pentingnya ilmu yang benar.
InsyaAllah, didoakan agar program ini bukanlah bersifat
'one shot' dan peserta yang belum memasuki gerabak dakwah dan tarbiyah akan
menyertai amal jamaie suatu hari nanti.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan program dalam kesibukan bekerja serta merancang dan mengurus program kali ini.
Semoga Allah mengiranya sebagai ibadah di sisiNya. Allahumma
ameen.
![]() |
|
Beramah mesra dengan pengunjung Taman Negara
|
![]() |
|
Ucapan alu-aluan Pengerusi Belia Ikram Pulau Pinang
|
![]() |
|
Bedah Buku bertajuk Sayonara Jahiliyah oleh saudara Asif
Hasbullah
|
![]() |
|
Sesi “stretching” sebelum bermula hiking
|
![]() |
|
Check point 1 : Siapa cepat dia dapat; membina ukuhuwah
& tolong menolong bagi mencapai sesuatu
|
![]() |
|
Check point 2: Senarai jahiliyyah & amal soleh dalam
kehidupan seharian
|
![]() |
| Check point 3: Bakar jahiliyyah itu; korbankan jahiliyyah untuk kepentingan yang lebih besar |
![]() |
| Check point 4: Si buta membina berdasarkan hadaf jahiliyyah adalah kegelapan dan menggelapkan hati |
![]() |
|
Check point 5: Jahiliyyah melekat; jahiliyyah itu
membebankan dan menyusahkan sebuah perjalanan menuju Tuhan
|
![]() |
| Sesi perkongsian daripada peserta, penggulungan dan penutup |













No comments:
Post a Comment