Nepal dilanda bencana gempa bumi 7.9 skala richter (SR) pada hari Sabtu
baru-baru ini (25/4/2015). Ia adalah gempa yang terbesar dan terburuk
sejak tahun1934. 30 daripada 75 wilayah di Nepal terkesan dengan bencana ini dan yang terburuk adalah di sekitar Kathmandu.
Setakat semalam (27/4/2015), lebih 3,218 dilaporkan terkorban dan 6,538
yang lain cedera. Jumlah ini dijangka akan terus bertambah kerana
pasukan SAR (search and relief) telah mula beroperasi.
Demi kemanusiaan sejagat, MyCARE melancarkan 'Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi di Nepal" (Nepal Emergency Relief Fund).
Ayuh salurkan sumbangan anda ke "Humanitarian Care Malaysia Berhad" melalui akaun: Maybank - 5642 5856 0698.
Untuk mendapatkan resit/pengesahan sumbangan, hantarkan:
a) maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat dan emel)
b) bukti/slip transaksi
c) destinasi negara eg. nepal, emergencynepal, gempabuminepal
ke account@mycare.org.my @ +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja)
ke account@mycare.org.my @ +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja)
"Nurturing Humanity, Making a Difference"

No comments:
Post a Comment