Peningkatan jumlah demam denggi yang meningkat secara mendadak sejak
akhir-akhir ini mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat terutama pada
musim panas dan hujan yang bersilih ganti. Salah satu cara yang boleh
membantu anda untuk mencegah kehadiran nyamuk di rumah anda adalah
dengan menggunakan tumbuhan yang digeruni nyamuk. Kebiasaannya tumbuhan
yang mempunyai bau busuk dan mengandungi zat citronella yang boleh mewujudkan suasana tidak senang oleh nyamuk yang cuba singgah ke laman rumah.
Geranium
Geranium atau lebih dikenali sebagai cranesbills merupakan tumbuhan
iklim malar tropika.Terdapat lebih dari empat ratus jenis tumbuhan dari
spesies ini dari keluarga Geraniaceae.
Geranium sangat sesuai
untuk ditanam di dalam pasu sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Di
kalangan rakyat Malaysia, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai pokok
jermin. Geranium mempunyai kandungan zat citronella yang
tinggi dan sangat tidak di gemari oleh nyamuk.
Cara penggunaannya
adalah dengan cara menggoyangkan pokok geranium atau dengan meniupnya
sehingga ia menghasilkan aroma khas. Tumbuhan ini sesuai untuk di
tanaman di dalam rumah dan memerlukan kawasan yang mempunyai teduhan
kerana sifat batang pokok yang berair menyebabkan ia tidak sesuai
terdedah kepada terik mentari.
Marigold
Terdapat pelbagai jenis marigold yang tergolong dalam genus Tagetes
ini. Marigold mempunyai bunga berwarna kuning dan bau yang tidak
menyenangkan. Namun, ramai antara penggemar taman memilih tumbuhan ini
sebagai salah satu tumbuhan hiasan di rumah kerana teksturnya dan bentuk
menarik dan warna yang menyerlah.
Marigold merupakan tumbuhan sesuai
untuk pelbagai iklim dan setiap iklim mempunyai bentuk bunga yang
berbeza. Tumbuhan dari keluarga Asteraceae merupakan tumbuhan malar dan sesuai di tanam di dalam pasu. Marigold mengandungi Pyrethrum,
kandungan ini selalu digunakan sebagai salah satu ramuan penting untuk
kegunaan perubatan terutamanya untuk melegakan gigitan serangga.
Tumbuhan ini gemarkan pencahayaan semula jadi secara langsung untuk
memudahkan proses penghasilan bunga.
Ageratum
Ageratum merupakan tumbuhan berasal dari hutan belukar tropika.
Mempunyai lebih kurang empat puluh hingga enam puluh jenis dan merupakan
tumbuhan renek dari keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini
mempunyai bau yang boleh mengundang masalah kepada nyamuk dan digunakan
secara komersial sebagai bahan utama untuk membuat ubat melegakan
gigitan nyamuk.
Ageratum selalu ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana memerlukan penjagaan yang mudah selain bentuk bunganya seakan powder-puff like yang
mempunyai warna menarik iaitu ungu, merah jambu dan putih. Tumbuhan ini
sesuai ditanam di bawah teduhan mahupun terdedah kepada terik mentari
secara langsung. Ia juga sesuai di jadikan sebagai tanaman berpasu.
Bagi mendapatkan kesan cepat untuk menghalau nyamuk, anda hanya perlu
menggosokkan beberapa keping daun sehingga mengeluarkan aroma. Manakala
untuk mengubati gigitan nyamuk, anda hanya perlu gosokkan beberapa helai
daun di bahagian gigitan tadi.
Rosemary
Rosmarinus officinalis lebih mesra dikenali sebagai rosemary merupakan
tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan. Tumbuhan malar hijau
ini sering digunakan sebagai salah satu bahan rempah dalam masakkan dan
digunakan secara komersial untuk penghasilan ubat.
Selain itu juga, rosemary selalu
digunakan untuk tujuan perubatan secara tradisional di negara-negara
barat seperti mengubati penyakit gout dan sebagainya. Aromanya sering
menyerlahkan lagi rasa makanan terutamanya apabila dipanggang. Namun,
tidak bagi nyamuk yang cuba singgah di halaman rumah anda.Rosemary dari keluarga Lamiaceae memerlukan
teduhan sepenuhnya untuk menjamin tumbesaran sihat. Bagi mendapatkan
impak lebih cepat untuk mencegah kehadiran nyamuk, anda perlu
membakarnya terutama pada waktu petang. Untuk tujuan penanaman, ia boleh
ditanam di dalam pasu atau dijadikan sebagai salah satu tumbuhan herba
di kitchen garden anda.

No comments:
Post a Comment