Petikan dari sebahagian Polisi Hijau Dan Rendah Karbon Pertubuhan IKRAM Malaysia
(Dokumen lengkap boleh dicapai di http://ikrampulaupinang.blogspot.com/p/blog-page_1.html)
(Dokumen lengkap boleh dicapai di http://ikrampulaupinang.blogspot.com/p/blog-page_1.html)
POLISI IKRAM TERHADAP KEPEDULIAN ALAM SEKITAR
1. Setiap ahli IKRAM sebagai individu hendaklah sedaya mungkin mengamalkan amalan gaya hidup hijau dan rendah karbon* dalam kehidupan seharian mereka, selaras dengan tuntutan syarak.
2. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM atau mana-mana institusi dan agensi di bawah IKRAM hendaklah mengambilkira dan memberi perhatian kepada langkah-langkah penjagaan alam sekitar dari peringkat perancangannya lagi, bermula dengan pengurangan sisa buangan yang dihasilkan (reduce), menggunakan bahan-bahan yang boleh diguna semula (reused) dan mengitar semula buangan yang terhasil (recycle).
3. Mengambil langkah-langkah yang praktikal bagi mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra alam sekitar seperti plastik, polisterin dan lain-lain lagi di dalam semua aktiviti anjuran IKRAM dan juga di dalam setiap pengoperasian pejabat IKRAM, institusi-institusi milik IKRAM dan agensi-agensi berkaitan dengan IKRAM. Setiap pejabat mengadakan program pengasingan sisa buangan untuk tujuan kitar semula dengan menyediakan tong-tong pengasingan sisa.
4. Menjadikan polisi perolehan barangan yang lebih mesra alam (green purchasing policy) di dalam setiap pengoperasian pejabat IKRAM, institusi-institusi milik IKRAM dan agensi-agensi berkaitan dengan IKRAM dengan memberi keutamaan kepada perolehan barangan yang lebih mesra alam.
5. Mengamalkan prinsip penjimatan penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain di setiap operasi pejabat IKRAM dan institusi IKRAM. Penggunaan mentol dan peralatan letrik yang mengandungi ciri penjimatan tenaga, meletakkan suhu penghawa dingin pada suhu tidak kurang dari 24 darjah celcius dan merekabentuk penempatan kakitangan bagi memaksimumkan penggunaan cahaya semulajadi adalah di antara amalan yang perlu dilaksanakan.
6. Sentiasa menyebarkan dan menyampaikan mesej penjagaan alam sekitar dan kebersihan kepada para hadirin di dalam setiap aktiviti anjuran IKRAM dengan menginggatkan kepada hadiran bahawa memelihara dan menjaga alam sekitar serta komponen-komponen yang ada di dalamnya, merupakan suatu kewajipan yang tergolong sebagai satu ibadah yang dituntut oleh syarak.
7. Menyediakan modul topik penjagaan dan kepedulian terhadap alam sekitar dengan menekankan kepada peranan individu itu sendiri, di dalam silibus tarbiyyah, silibus kurikulum di rangkaian sekolah-sekolah Musleh dan juga di dalam media milik IKRAM.
PENUTUP
Polisi ini adalah terpakai kepada semua ahli IKRAM, pengoperasian pejabat IKRAM di seluruh negara dan aktiviti/program anjuran atau anjuran bersama atau dengan kerjasama IKRAM dan institusi dan agensi-agensi IKRAM.

No comments:
Post a Comment