Sunday, 19 April 2015

| KENYATAAN MEDIA | Evakuasi rakyat Malaysia dari Yaman: IKRAM ucap tahniah

 

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan IKRAM Malaysia
14 April 2015 bersamaan 24 Jamadilakhir 1436H 

IKRAM UCAP TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS PROSES EVAKUASI RAKYAT MALAYSIA DARI YAMAN 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas kejayaan proses evakuasi rakyat Malaysia, terutama para pelajar, dari negara bergolak Yaman.

Penglibatan  Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan  tanggungjawab yang sewajarnya dimainkan oleh pemerintah sesebuah negara.

IKRAM  berharap  Kementerian Pendidikan Malaysia pula  dapat membantu mana-mana pelajar yang tidak sempat untuk menghabiskan pengajian mereka di Yaman, mendapat  tempat di universiti-universiti Malaysia dengan perpindahan kredit pengajian yang munasabah.

Akhirnya, IKRAM sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang begitu prihatin terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden &
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:

Post a Comment