Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
23 September 2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436H
PAKATAN HARAPAN PERKUKUH SISTEM DWIPARTI
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan penubuhan Pakatan
Harapan pada 22 September 2015, yang dianggotai oleh Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara
(AMANAH).
IKRAM percaya Pakatan Harapan akan dapat mengukuhkan sistem dwiparti
di Malaysia yang telah terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan
negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen melalui proses
semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.
Penubuhan Pakatan Harapan ini diharapkan akan memberikan tekanan
kepada Barisan Nasional supaya terus memperbaiki kelemahan yang ada,
seterusnya sama-sama bersaing untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
terhadap rakyat dan negara.
Semoga proses ini dapat membantu negara untuk keluar daripada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang dihadapi pada masa ini.
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment