Tuan / Puan dijemput menjadi sukarelawan Lawatan Hospital anjuran Hidayah Centre P.Pinang dan Badan Kebajikan Islam Hospital P.Pinang.
Tarikh : 13 September 2015 (Ahad)
Masa : 10.30 ( berkumpul di surau hospital )
Hubungi 'Aini 013 - 5100 762 untuk pra-pendaftaran (diwajibkan )
- Program ziarah pesakit di wad-wad Hospital Besar Pulau Pinang.
- Berpeluang menceriakan dan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bersama pesakit dan ahli keluarga. Juga, berkongsi ilmu-ilmu berkaitan Islam yang wajar diketahui oleh para pesakit, antaranya kaedah wudu' semasa sakit, kaedah solat semasa sakit.
- Dijayakan oleh sukarelawan dari kalangan ahli-ahli IKRAM Negeri Pulau Pinang dan Hidayah Centre Pulau Pinang beserta anggota masyarakat setempat.
- Merupakan program kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Hospital Besar Pulau Pinang
- Program lawatan ini berlangsung selama 1 hingga 2 jam sahaja.
- Program ini terbuka kepada segenap lapisan masyarakat yang berminat. Sila hubungi Saudari Aini 013-5100762

No comments:
Post a Comment